Utusan Borneo (Sarawak)

220 sekolah rendah kekal ditutup sehingga 14 Mac

-

KUCHING: Sesi persekolah­an secara bersemuka melibatkan 220 sekolah rendah di kawasan berisiko tinggi penularan COVID-19 di negeri ini kekal ditutup sehingga 14 Mac.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan semalam berkata, sekolahsek­olah terbabit di bawah sembilan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

PPD terlibat bagi penangguha­n sesi persekolah­an secara bersemuka ini ialah Kuching, Padawan, Sibu, Kanowit, Miri, Meradong, Kapit, Bintulu dan Betong.

Manakala lain-lain sekolah rendah (sekolah kerajaan/ sekolah bantuan kerajaan) dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai 8 Mac.

“Hasil perbincang­an Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mewakili Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan sebanyak 1,045 sekolah rendah kerajaan/sekolah bantuan kerajaan seluruh negeri Sarawak dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai 8 Mac 2021.

“Ini melibatkan penambahan 231 sekolah rendah di negeri Sarawak yang dibenarkan untuk beroperasi secara bersemuka berbanding 814 sekolah rendah pada 1 Mac 2021,” katanya.

Tambah JPBNS keputusan ini diambil setelah penilaian risiko dibuat dan memenuhi garis panduan pengurusan dan pengoperas­ian sekolah dalam norma baharu yang dikeluarka­n KPM.

JPBNS pada 26 Februari, mengumumka­n semua sekolah di zon merah COVID19 di negeri ini akan kekal ditutup sehingga 14 Mac.

Penangguha­n penutupan sesi persekolah­an secara bersemuka ini melibatkan sembilan daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

Sebelum itu, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin pada 19 Februari mengumumka­n murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan kembali ke sekolah pada 1 Mac manakala murid Tahun 3 hingga 6 pada 8 Mac.

Bagi pelajar sekolah menengah di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah sesi persekolah­an bersemuka akan bermula 4 April dan lain-lain negeri pada 5 April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia