Utusan Borneo (Sarawak)

Bayar balik pinjaman PTPTN untuk dapatkan diskaun 30 peratus: Fazzrudin

-

KUCHING: Pelajar yang meminjam wang daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari Sarawak digesa untuk membayar semula pinjaman untuk mendapat diskaun 30 peratus penguranga­n daripada kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, terdapat 9,000 pelajar asal Sarawak yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif pembayaran semula pinjaman PTPTN berkenaan.

“Buat masa ini, pelajar perlu melunaskan 30 peratus tunggakan pinjaman PTPTN berkenaan dan Yayasan Sarawak akan membayar 30 peratus daripada baki pinjaman tersebut.

“Saya difahamkan terdapat seramai 195,350 peminjam pinjaman pendidikan PTPTN yang membabitka­n sejumlah RM4.7 bilion sehingga 31 Disember 2020 di Sarawak.

“Menjadi harapan untuk melihat pembayar pinjaman pendidikan PTPTN ini mendapat manfaat daripada usaha inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada masa sama, Fazzrudin yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyokong penuh usaha kerajaan negeri membantu peminjam membayar semula pinjaman pendidikan PTPTN mereka.

“Sarawak merupakan satusatuny­a kerajaan negeri yang komited membantu para pelajarnya untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka untuk memastikan rakyatnya mendapat pendidikan terbaik.

“Usaha ini harus dipuji dan menjadi teladan kepada negeri-negeri lain untuk membantu pelajar mereka menyelesai­kan pinjaman pendidikan mereka.

“Ia juga berketepat­an ekoran kekangan kewangan dan pendapatan rakyat yang kian terjejas akibat pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi yang kurang stabil,” katanya.

Fazzrudin yang juga Penasihat Sarawak Volunteer juga menekankan bahawa pinjaman PTPTN mesti dijelaskan untuk memastikan kelangsung­an dana pendidikan nasional untuk generasi akan datang.

Terdahulu semalam, Yayasan Sarawak dan PTPTN telah bertukar dokumen Memorandum Persefaham­an (MOU) untuk pembayaran semula pinjaman pendidikan pelajar itu sejumlah RM30 juta oleh kerajaan negeri.

Inisiatif untuk membayar balik pinjaman PTPTN pelajar itu adalah susulan janji Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada pelajar Sarawak semasa acara Lan Berambeh Anak Sarawak yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2019.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia