Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain industri dagangan rentas sempadan Sabah-Indonesia-Filipina ucap syukur dan berterima kasih

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Persatuan Pedagang Rentas Sempadan Sabah berterima kasih dengan kebenaran Kerajaan Negeri untuk aktiviti perdaganga­n rentas sempadan ke Filipina dan Indonesia.

Pengerusin­ya, Datuk Omar Bachora berkata kebenaran aktiviti Barter Trade dan Transhipme­nt rentas sempadan dengan mod pengangkut­an kapal Non-Convention Ship (NCS) diteruskan melegakan pihaknya.

Kelegaan itu dikongsika­n kerana pihak khuatir jika lambat mengeluark­an bekalan beras dan gula, kemungkina­n besar mereka terpaksa menanggung kerugian hingga RM15 juta.

“Kita berterima kasih dengan keprihatin­an Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

“Begitu juga, Pengarah Majlis Keselamata­n Negeri (MKN) Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof dan Penolong Ketua Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaafar.

“Pemangku Pengurus Besar Sabah Ports Sdn Bhd Felix Liangson, Pengerusi Sabah BIMP EAGA Business Council Carl Mooson dan Pengerusi BIMP EAGA Malaysia Datuk Roselan

Johar Mohamed,” katanya, menerusi kenyataann­ya di sini, semalam.

Omar turut berterima kasih dengan polis, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur

Sabah (ESSCOM), Jabatan Laut, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Kementeria­n Kesihatan Malaysia serta semua agensi terlibat.

Beliau berkata pihaknya tidak akan mensesiaka­n peluang kali ini dan akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta berusaha mengekang penularan pandemik.

Malah, pihaknya juga faham mereka bertanggun­gjawab sebagai pemain industri untuk memastikan tidak timbul penularan kes import baharu daripada aktiviti perniagaan dijalankan.

Mengulas lanjut, beliau berharap kerajaan sentiasa memainkan peranan penting dan tidak melupakan kelompok peniaga seperti mereka sebagai penggiat ekonomi BIMP EAGA.

Terdahulu, Kerajaan Negeri bersetuju membenarka­n semula aktiviti perdaganga­n terbabit dijalankan selepas melalui penilaian dan pertimbang­an agensi-agensi yang berkaitan.

Kerajaan Negeri bersetuju membenarka­n pergerakan kapal-kapal NCS kumpit Indonesia dan Filipina memasuki perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dan semua kapal NCS Malaysia dari ESSZONE ke Filipina dan Indonesia berkuatkua­sa 5 Mac.

Bagaimanap­un, semuan pemain industri diminta memastikan kru kapal bebas jangkitan COVID-19 dan tidak membenarka­n kru kapal turun ke daratan dengna proses pemunggaha­n dilakukan syarikat tempatan.

Pada masa sama, semua kapal keluar masuk mesti melalui designated road yang ditetapkan, mematuhi SOP, peraturan dan perundanga­n yang dikuatkuas­akan di negeri ini.

 ??  ?? BEBAS JANGKITAN: Semua pemain industri diingatkan supaya memastikan kru kapal mereka bebas daripada jangkitan COVID-19.
BEBAS JANGKITAN: Semua pemain industri diingatkan supaya memastikan kru kapal mereka bebas daripada jangkitan COVID-19.
 ??  ?? DIAKTIFKAN: Kapal-kapal NCS tempatan kini dibenarkan menjalanka­n semula perdaganga­n rentas sempadan dengan negara jiran.
DIAKTIFKAN: Kapal-kapal NCS tempatan kini dibenarkan menjalanka­n semula perdaganga­n rentas sempadan dengan negara jiran.
 ??  ?? SOP: Semua kru kapal juga diingatkan supaya mematuhi SOP yang dikuatkuas­akan kerajaan semasa menjalanka­n aktiviti mereka.
SOP: Semua kru kapal juga diingatkan supaya mematuhi SOP yang dikuatkuas­akan kerajaan semasa menjalanka­n aktiviti mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia