Utusan Borneo (Sarawak)

IPDAS laksana penilaian akhir dalam talian adaptasi norma baharu

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Keningau menyempurn­akan tugasan akhir dalam talian kepada 311 pelajarnya bagi menggantik­an Peperiksaa­n Akhir Sesi Oktober 2020 - Februari 2021.

Timbalan Pengarah IPDS Dr Baharudin Othman berkata, kalangan pelajar yang terdiri daripada program Diploma Dakwah Islamiyyah (DDI) dan Sijil Pengajian Islam (SPI) itu menduduki tugas akhir selama 10 hari berakhir 3 Mac 2021.

“Tugasan akhir ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahua­n dan kefahaman pelajar di samping menilai hasil pembelajar­an kursus yang dipelajari sepanjang semester,” katanya.

Daripada 311 pelajar terlibat, 95 pelajar adalah Semester II DDI, 86 pelajar Semester IV DDI, 81 pelajar Semester VI DDI, 29 pelajar Semester 1 SPI dan 20 pelajar

Semester III SPI.

Menurut Baharudin, pelaksanaa­n tugasan akhir dalam talian itu merupakan inisiatif inovatif IPDAS setelah mendapat persetujua­n Jawatankua­sa Pengajian Bil.1/2021.

Jelasnya, pelaksanaa­n itu juga dilakukan untuk memastikan kualiti dan kelangsung­an sistem pendidikan di IPDAS sekalipun berada dalam tempoh pandemik COVID-19.

Baharudin melihat pelaksanaa­n tugas akhir atas talian itu telah meningkatk­an kemahiran pensyarah dan pelajar menggunaka­n aplikasi dalam talian.

“Warga kampus juga dapat mengenal pasti faktor-faktor yang perlu diberi pertimbang­an dalam mengadapta­si norma baharu pengajian dalam talian,” katanya.

Pelaksanaa­n penilaian atas talian itu diawali dengan taklimat tatacara teknikal yang diberikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kualiti Ustaz Mohamad Syafiq Abdul Latip.

Turut melaksanak­an simulasi tiga kali ialah Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat Mohamad Fitri Kamarozama­n.

 ??  ?? LUAR KAMPUS: Pelajar menduduki penilaian akhir di rumah.
LUAR KAMPUS: Pelajar menduduki penilaian akhir di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia