Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi dron pantau pembakaran terbuka di Miri: Lee

Penempatan pos kawalan di Kuala Baram dan berdekatan Curtin juga strategi baharu JPBB Miri cegah, kawal kebakaran

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Oleh sebab itu, dari tahun lepas JPBB Miri telah pun berbincang dengan terperinci dan merancang strategi yang diharap akan lebih berkesan kali ini.

MIRI: Penggunaan teknologi dron dan menempatka­n tiga pos kawalan merupakan strategi terbaharu Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri bagi mencegah dan mengawal kebakaran di sini.

Menteri Bertanggun­gjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin berkata pemantauan melalui dron ini akan dilakukan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama pemilik tanah persendiri­an.

Sementara bagi tiga pos kawalan yang diletakkan dua di Kuala Baram dan satu berdekatan Curtin University Malaysia pula akan menempatka­n anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang ditugaskan mengawal dan memantau kebakaran di kawasan berkenaan 24 jam.

Menteri Bertanggun­gjawab JPBB Miri

“Seperti mana kita sedia maklum, setiap tahun Miri menghadapi jerebu disebabkan pembakaran terbuka khususnya di kawasan Kuala Baram, Permyjaya dan Tudan.

“Oleh sebab itu, dari tahun lepas JPBB Miri telah pun berbincang dengan terperinci dan merancang strategi yang diharap akan lebih berkesan kali ini.

“Dan kita juga mendapat sokongan daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang telah membantu dan meluluskan permohonan untuk meletakkan tiga pos kawalan menggunaka­n kontena ini di lokasi-lokasi strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pos kawalan yang baru ditempatka­n di Kuala Baram di sini, semalam.

Lee yang juga Menteri Pengangkut­an Sarawak berkata, anggota RELA ditugaskan untuk meronda di kawasan yang kerap berlakunya kebakaran setiap tahun dan tiga pos kawalan diletakkan bagi memudahkan anggota berehat dan membuat persediaan.

“Setiap kontena juga akan dilengkapi mesin jana kuasa dan tandas mudah alih untuk kegunaan para petugas.

“Selain itu, kali ini kita akan memantapka­n kawalan menggunaka­n dron daripada NREB, JAS dan pemilik tanah persendiri­an yang memiliki ciri-ciri canggih seperti dapat merakam video dan gambar, bunyi siren amaran dan juga audio untuk memberi amaran kepada petani-petani kecil yang membuat pembakaran terbuka.

Dalam pada itu, Lee berharap dengan dua strategi baharu dibuat tahun ini akan mendatangk­an kesan yang baik dan jerebu yang teruk tidak akan berlaku di Miri.

Hadir sama, Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar NREB Miri Joseph Uyo.

Datuk Lee Kim Shin

 ??  ?? CANGGIH: Lee (depan dua kiri) berpuas hati dengan persediaan agensi-agensi terlibat untuk menggunaka­n dron bagi memantau kejadian pembakaran terbuka di Miri.
CANGGIH: Lee (depan dua kiri) berpuas hati dengan persediaan agensi-agensi terlibat untuk menggunaka­n dron bagi memantau kejadian pembakaran terbuka di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia