Utusan Borneo (Sarawak)

Sanitasi awam langkah proaktif MSU menjelang pembukaan semula kampus

-

KUCHING: Management and Science University (MSU) mengambil tindakan proaktif dalam membuat persiapan ke arah pembukaan semula kampus.

Menurut kenyataann­ya semalam, tindakan itu diambil selepas mengambil kira pengumuman Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan kemasukan semula pelajar secara fizikal bermula pada 1 Mac yang lalu.

“Bidang pendidikan merupakan antara sektor yang menerima impak kesan penularan pandemik COVID-19 apabila KPT telah mengarahka­n penutupan kampus institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Justeru, MSU dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor telah menjalanka­n program Kempen Sanitasi Awam Kampus MSU sebagai langkah keselamata­n untuk memutuskan rantaian serta membendung penularan COVID-19 dalam kalangan warga kampus,” katanya.

Kerjasama strategik diantara MSU dan JBPM Negeri Selangor itu melibatkan penyertaan kira-kira 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik.

Kempen Sanitasi Awam Kampus MSU tersebut dijalankan bagi memastikan kampus MSU sentiasa dalam keadaan terbaik dan bersiap siaga sepenuhnya menjelang pembukaan semula kampus yang akan bermula pada 1 Mac 2021 nanti.

MSU merupakan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) pertama di negara ini yang mengambil inisiatif melakukan proses disinfeksi atau nyahcemar di persekitar­an kawasan kampus.

Ia berikutan pengumuman oleh pihak KPT yang membenarka­n pelajar-pelajar untuk kembali ke kampus dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.

Proses disinfeksi itu bakal melibatkan kawasan tumpuan warga kampus termasukla­h

U Plaza, U Concourse, The Hub, Cinnamon Café serta persekitar­an pembelajar­an dan pengajaran merangkumi kelas dan dewan kuliah bermula dari Aras 3 hingga Aras 8.

Hadir sama pada majlis pelancaran program tersebut adalah Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pengarah JBPM Negeri Selangor Norazam Khamis serta barisan pengurusan kanan kedua-dua institusi.

 ??  ?? INISIATIF: Tetamu kehormat mendengar taklimat mengenai proses sanitasi awam di kampus MSU.
INISIATIF: Tetamu kehormat mendengar taklimat mengenai proses sanitasi awam di kampus MSU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia