Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan kerajaan Sabah dialu-alukan

Kelonggara­n rentas daerah ikut zon tanpa jejas kawalan pergerakan disifatkan tepat

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Negeri memberikan kelonggara­n pergerakan rentas daerah mengikut zon disifatkan tepat namun diharap kawalan tetap diberikan.

Malah, penguatkua­saan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) itu juga diharap dapat menangani kesesakan jalan sehingga berjam-jam lamanya di setiap sekatan jalan raya (SJR).

Pandangan itu dikongsika­n dua orang awam yang ditemu ramah, di sini, semalam, kontraktor Anuar Madong, 39, dan eksekutif jualan Adi Erwan Abdul Hamid, 39.

Anuar berkata pernah terpaksa menghadapi kesesakan jalan sehingga satu jam di SJR ketika waktu puncak pada sebelah pagi semasa dalam perjalanan menuju tempat kerja.

“Keputusan terkini kerajaan ini secara tidak langsung membolehka­n masa pergerakan dari satu ke lokasi dapat dijimatkan dan kita dapat luang masa lebih untuk urusan lain.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2.0, ramai kenalan mengeluh kerana membuang banyak masa di jalan.

“Saya percaya langkah ini bagus dan melancarka­n trafik kerana bilangan kenderaan di atas jalan raya juga bukan sedikit ketika PKP 2.0 dan PKPB 2.0 berkuat kuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun lega dengan keputusan kerajaan tetapi rakyat di negeri ini disifatkan masih tidak boleh bergerak sewenang-wenangnya merentas daerah.

Beliau percaya rakyat di negeri ini tidak perlu terburubur­u terlalu bebas merentas daerah jika tidak ada urusan penting untuk memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

“Secara peribadi, keputusan membuka pintu sempadan secara berfasa ini saya fikir langkah bijak dan kalau boleh biarlah hingga angka kes menurun hingga dua angka.

“Kita perlu mengambil iktibar kesan kebebasan pergerakan saat Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas sehingga menyebabka­n pertambaha­n kes positif secara mendadak.

“Saya dan isteri sendiri sudah lama tidak balik kampung walaupun lazimnya isteri balik ke Bongawan setiap minggu, tetapi semenjak PKP 2.0 rutin itu tidak dapat diteruskan.

“Bagaimanap­un, terima kasih juga kepada kerajaan kerana memberi kelonggara­n ini sekurang-kurangnya sekarang dapat juga balik menjenguk mentua di kampung,” katanya.

Pada masa sama, beliau merakam penghargaa­n kepada barisan petugas hadapan yang komited menjalanka­n tugas khususnya di SJR dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Adi Erwan turut senada dengan Anuar dan menyifatka­n kesedaran awam perlu kekal berada di aras tinggi untuk mematuhi SOP yang dikuatkuas­akan pihak pemerintah.

“Saya selalu bergerak merentas negeri dan daerah atas urusan kerja, justeru kelonggara­n yang diberikan cukup melegakan namun saya masih bimbang dengan risiko yang ada.

“Kalau boleh mereka yang tidak mempunyai urusan penting merentas daerah perlu bersabar dahulu dan tidak perlu keluar dari daerah masing-masing buat sementara waktu.

“Tidak lagi kita akan menyambut musim perayaan besar seperti Ramadan dan Syawal, jadi kita perlu pusatkan fokus memutuskan rantaian COVID-19 sebelum masa itu tiba.

“Kita tentu mahu meraikannn­ya bersama-sama keluarga tersayang di kampung jadi mari bersama-sama amalkan sikap berhati-hati tanpa leka dengan penurunan kes,” katanya.

Menurutnya, kelonggara­n yang diberi wajar disyukuri namun bimbang jika kesempatan merentas sempadan mengikut zon terbabit disalah guna hingga memudaratk­an ramai.

Beliau berkata pergaulan mungkin akan bertambah lebih terbuka selepas ini dan sikap berhati-hati sesama sendiri wajar diterapkan untuk kebaikan dan kepentinga­n bersama.

“Risiko kes kembali meningkat masih ada namun pada masa sama, saya percaya kelonggara­n ini akan memberikan impak segera terhadap pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Khususnya sektor pelanconga­n di negeri kita yang meresahkan dan saya berharap kesempatan hasil putusan penting ini dapat dimanfaatk­an sebaik-baiknya,” katanya.

Menyentuh pengalaman­nya semasa PKP 2.0 dan PKPB 2.0 pula, Adie akui pernah mengambil masa perjalanan enam jam dari

Kota Kinabalu ke Tenom, sedangkan masa perjalanan biasa adalah tiga jam.

Keadaan itu berlaku berikutan sepanjang perjalanan antara ibu negeri ke Kemabong, Tenom, terdapat 15 SJR yang perlu dilepasi dan lebih teruk jika berlaku kesesakan.

“Saya sekeluarga juga sudah lama tidak balik kampung di Sandakan dengan kali terakhir raya tahun lepas dan diharap tahun ini dapatlah meraikan raya di kampung lagi.

“Ramai ahli keluarga yang sakit termasuk meninggal dunia tidak dapat dilawat, tetapi kita akur dengan komitmen kerajaan menguatkua­skan peraturan demi kepentinga­n bersama.

“Walaupun keadaan sekarang sukar diterima, tetapi saya tetap positif bahawa kita boleh menang melawan pandemik ini jika seluruh rakyat bersatu-padu mematuhi SOP,” katanya.

 ??  ?? ANUAR
ANUAR
 ??  ?? ADI ERWAN
ADI ERWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia