Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan pembinaan dan membaik pulih jalan raya di kawasan Elopura

- Oleh: Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Beberapa cadangan pembinaan dan membaik pulih jalan raya di kawasan Elopura adalah antara perkara yang dibincangk­an dalam pertemuan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan baru-baru ini.

Ia melibatkan lima kawasan jalan raya yang perlu ditampal dan dibaikpuli­h oleh JKR iaitu Taman Mesra, Serta Industri, Taman Utama, Jalan Bunga Botan dan Jalan Lalang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun berkata pihak JKR memaklumka­n kerja-kerja menampal dan membaikpul­ih akan dijalankan sejurus peruntukan diluluskan dan jadual kerja dikeluarka­n.

Terdahulu, pertemuan itu diadakan di Pejabat JKR Cawangan Sandakan di sini bagi membincang­kan isu jalan raya di kawasan Elopura.

Ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, ADUN Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Juru Ukur Daerah Sandakan, Sim Pau Kiong.

Sementara itu, Calvin berkata sebuah jalan baharu bakal dibina di kawasan IJM yang akan menghubung­kan Jalan Utara dan bulatan di Jalan Sibuga melalui kerjasama antara pihak IJM dan JKR.

Tambahnya, projek itu ketika ini sedang melalui fasa perancanga­n terakhir sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

Ia melibatkan pembinaan jalan yang mempunyai empat lorong iaitu dua laluan masuk dan dua laluan keluar dari Jalan Utara.

Tambahnya, pada 2018 perancanga­n pembinaan jalan itu telah dimulakan oleh pihak pemaju dan beberapa agensi kerajaan pada tahun 2018.

Bagaimanap­un, pelan asal adalah melibatkan pembinaan dua laluan keluar dan satu laluan masuk.

Berikutan itu, Calvin telah mencadangk­an untuk menambah satu lagi laluan masuk dan peruntukan untuk penambahan tersebut telah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kewangan.

“Pada tahun 2019, perbincang­an mengenai peruntukan pembinaan telah diadakan dan akhirnya reka bentuk pembinaan jalan raya dan perancanga­n projek ini telah berada di fasa terakhir.

“Jalan alternatif ini bertujuan untuk mengurangk­an kadar lalu lintas di kawasan Jalan Sibuga khususnya pada waktu puncak. Apatah lagi dengan lokasi Sekolah Kebangsaan St Monica yang terletak berhampira­n dengan Jalan Sibuga.

“Kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut menjadi lebih kritikal pada awal dan akhir waktu persekolah­an,” jelasnya.

 ??  ?? BINCANG: Calvin (kanan) berbincang bersama Sim mengenai isu jalan raya di kawasan Elopura.
BINCANG: Calvin (kanan) berbincang bersama Sim mengenai isu jalan raya di kawasan Elopura.
 ??  ?? KETUAI IKRAR: Wakil pelajar, Muhammad Imran Jaafar Tahirandus mengetuai bacaan Ikrar Pelajar Politeknik.
KETUAI IKRAR: Wakil pelajar, Muhammad Imran Jaafar Tahirandus mengetuai bacaan Ikrar Pelajar Politeknik.
 ??  ?? IKRAR: Zainab menerima Ikrar Pelajar Politeknik daripada wakil pelajar baharu Muhammad Imran Jaafar.
IKRAR: Zainab menerima Ikrar Pelajar Politeknik daripada wakil pelajar baharu Muhammad Imran Jaafar.
 ??  ?? IMBAS: Imbas kod QR dilakukan di pintu masuk utama Politeknik Kota Kinabalu.
IMBAS: Imbas kod QR dilakukan di pintu masuk utama Politeknik Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia