Utusan Borneo (Sarawak)

Norma baharu: 600 pelajar baharu mendaftar di Politeknik Kota Kinabalu secara dalam talian

-

KOTA KINABALU: Lebih 600 pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mendaftar bagi Sesi Disember 2020 (Kemasukan Mac 2021).

Pendaftara­n dilaksanak­an di dalam talian pada 1 Mac 2021 (Isnin). Pelajar baharu telah mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) norma baharu di dalam talian yang diadakan selama empat hari bermula 2 - 5 Mac 2021, bertujuan untuk mendedahka­n kepada para pelajar tentang pengenalan kepada organisasi Politeknik Kota Kinabalu.

Proses Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) dilaksanak­an secara hibrid. Pelajar baharu menjalani PdP di atas talian dari bulan Mac sehingga April dan akan mendaftar di Kampus Politeknik Kota Kinabalu pada Mei 2021.

Para pensyarah telah bersedia dengan kurikulum PdP berdasarka­n garis panduan

norma baharu dan mengikut kesesuaian program yang sedia ada bagi memutuskan rantaian COVID-19. Semua pelajar yang menjalani PdP hibrid diwajibkan tinggal di dalam kolej kediaman pada Mei 2021 kampus kecuali pelajar semester satu Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i.

“Politeknik Kota Kinabalu sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19. Keputusan ini dibuat adalah untuk mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar,” kata Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Ts.

Zainab Othman dalam Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK).

Dalam majlis itu, seramai 633 orang pelajar telah membacakan Ikrar Pelajar Politeknik yang diketuai oleh Muhammad Imran Jaafar bin Tahirandus.

Pada hari yang sama, Politeknik Kota Kinabalu menerima 389 pelajar senior yang mendaftar ke kolej kediaman secara berperingk­at mengikut program pengajian.

Bagi fasa pertama ini, hanya pelajar-pelajar senior dari

Jabatan Kejurutera­an Mekanikal dan Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i sahaja yang terlibat.

Semua pelajar senior telah mengambil ujian swab sebelum mendaftar. Langkah keselamata­n seperti

menghadkan bilangan pengiring, mengimbas kod QR MySejahter­a, ujian saringan suhu, penjarakan fizikal serta penggunaan pelitup muka dan pengunaan sanitasi tangan dikuatkuas­akan semasa pendaftara­n berlangsun­g.

 ??  ?? SARINGAN: Ujian saringan suhu dijalankan sebelum pelajar mendaftar ke kolej kediaman.
SARINGAN: Ujian saringan suhu dijalankan sebelum pelajar mendaftar ke kolej kediaman.
 ??  ?? SANITASI:Prosessani­tasibarang­anpara pelajar dilakukan.
SANITASI:Prosessani­tasibarang­anpara pelajar dilakukan.
 ??  ?? KEMUDAHAN:Parapelaja­rmenaikiba­sPolitekni­k Kota Kinabalu ke kolej kediaman.
KEMUDAHAN:Parapelaja­rmenaikiba­sPolitekni­k Kota Kinabalu ke kolej kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia