Utusan Borneo (Sarawak)

SK Sayed Othman bakal berwajah baharu tahun depan

Projek libatkan pembinaan dua blok empat tingkat, cabaran utama bawa peralatan dan jentera ke pekarangan sekolah

- Oleh Steve Annuar

Kemajuan projek sekarang adalah sembilan peratus. Ia bermula 22 September 2020 dan dijadual siap pada 17 Mac 2022, iaitu dalam tempoh 18

” bulan.

Datuk Sebastian Ting

MIRI: Setelah hampir 60 tahun beroperasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman akan berwajah baharu setelah siapnya projek pembinaan semula sekolah yang bernilai hampir RM8 juta.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, projek melibatkan pembinaan dua blok empat tingkat yang dijangka siap pada bulan Mac tahun hadapan.

“Kemajuan projek sekarang adalah sembilan peratus. Ia bermula 22 September 2020 dan dijadual siap pada 17 Mac 2022, iaitu dalam tempoh 18 bulan,” jelasnya.

Ting berkata, antara cabaran utama adalah membawa peralatan dan jentera pembinaan masuk ke pekarangan sekolah.

Sekolah tersebut adalah sekolah rendah tertua di sini terletak di laluan sibuk North Yu Seng dan berdekatan masjid At Taqwa.

Blok masing-masing adalah blok pelajar sembilan kelas dan blok pentadbira­n untuk guru dan kakitangan.

Menurut Ting, keseluruha­n projek adalah bernilai RM7,947,000 dan yakin akan dapat siap sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan.

Beliau yang juga ADUN Piasau memberitah­u, sekolah memiliki sejarah lama di sini setelah memulakan operasi pada 1962. Sekolah mula dibina pada tahun 1959.

Ting berkata, keadaan daif sekolah itu mendapat perhatian bekas Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad Zakarshi ketika lawatan di Miri pada 2012.

Puad turut meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 sebagai dana memperbaik­i kerosakan sekolah khasnya blok kayu

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan yang dimamah anai-anai.

Sekolahmen­dapatperha­tian media apabila kaki salah seorang pelajar terperosok ke dalam lantai yang reput dalam kejadian pada 2016.

Untuk membolehka­n projek dibangunka­n, warga sekolah terdiri dari 215 pelajar dan 27 guru telah ditempatka­n sementara ke SK Miri bermula Disember 2019.

Dengan blok baharu, sekolah boleh menempatka­n seramai lebih 400 pelajar.

Ketika lawatan di SK Anchi, kerja-kerja pembinaan blok empat tingkat dan blok setingkat telah 35 peratus siap.

Ting memberitah­u, projek adalah bernilai RM6,546,000 telah dilaksanak­an bermula bulan Jun tahun lalu selama 18 bulan.

“Pihak kontraktor memberitah­u akan cuba menyiapkan projek ini pada penghujung bulan Jun atau Julai, iaitu lima bulan lebih awal dari jadual ditetapkan,” jelasnya.

Blok empat tingkat memiliki 12 kelas dan makmal sementara blok setingkat akan menempatka­n pelajar prasekolah.

 ??  ?? DEMI PENDIDIKAN: Ting (empat kiri), Guru Besar SK Sayed Othman Julaihi Junaidi (dua kanan), rombongan JKR dan syarikat kontraktor bergambar di tapak projek SK Sayed Othman semalam.
DEMI PENDIDIKAN: Ting (empat kiri), Guru Besar SK Sayed Othman Julaihi Junaidi (dua kanan), rombongan JKR dan syarikat kontraktor bergambar di tapak projek SK Sayed Othman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia