Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat atau perseorang­an terlibat perniagaan kayu, produk kayu wajib daftar dengan PUSAKA

-

KUCHING: Syarikat atau perseorang­an yang terlibat dalam urusan perniagaan kayu dan produk kayu diwajibkan berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Jurucakap PUSAKA dalam kenyataan semalam berkata, ia selaras dengan peruntukan Klausa 5A(1) Ordinan PUSAKA 1973 dan Peraturan Industri Kayu Sarawak (Pendaftara­n) 2008.

“Urusan pendaftara­n ini bertujuan sebagai salah satu kaedah untuk kerajaan negeri merancang dan mengawas industri perkayuan di Sarawak dengan lebih sistematik.

“Kewajipan untuk mendaftar di bawah Ordinan dan Peraturan PUSAKA meliputi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perusahaan, import, eksport (termasuk dari/ke Semenanjun­g Malaysia dan Sabah) serta aktiviti jualan tempatan,” jelasnya.

Selain itu katanya, dari semasa ke semasa, ordinan serta peraturan PUSAKA akan dipinda agar dapat mewujudkan persekitar­an yang kondusif serta perkembang­an industri perkayuan, khasnya sasaran industri hiliran yang menyumbang produk nilai tambah seperti perabot dan ‘Engineered Wood – Laminated Timber’.

Menurut PUSAKA lagi, dengan adanya Sijil Pendaftara­n yang sah daripada perbadanan itu, ia akan memberi jaminan untuk industri perkayuan mendapat perkhidmat­an dengan lebih mudah serta efektif daripada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan seperti Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Unit Penguatkua­sa Negeri Sarawak dan agensi lain yang berkaitan.

“Sehingga 31 Januari 2021, sebanyak 2,148 syarikat aktif berdaftar dengan PUSAKA dalam menjalanka­n aktiviti - Jualan Tempatan, Import dan Eksport,” ujarnya.

Justeru tegasnya, permohonan pendaftara­n boleh dibuat bagi pelbagai jenis permohonan dan aktiviti serta diproses dalam masa satu hari bekerja melalui sistem ‘STIDC Timber Industry Informatio­n System’ (STIS) di Ibu Pejabat dan PejabatPej­abat Bahagian PUSAKA.

Katanya, sistem STIS yang dicapai melalui Laman Web PUSAKA telah memudahkan pihak industri untuk mendaftar atau memperbaha­rui Pendaftara­n dengan PUSAKA secara atas talian (Online Registrati­on) tanpa perlu hadir secara fizikal di Pejabat PUSAKA.

Selain itu katanya, syarikat atau orang perseorang­an yang berada di kawasan pedalaman telah mendapat faedah dari segi penguranga­n masa serta kos perjalanan.

“Dalam pada itu, Sijil Pendaftara­n boleh dicetak di tempat sendiri setelah pembayaran pendaftara­n dibuat atas talian. Sijil Pendaftara­n yang sah hendaklah dipamer dalam premis atau pejabat masing-masing bagi tujuan pemeriksaa­n.

Caj yuran adalah berdasarka­n jenis aktiviti yang didaftar seperti bagi eksport balak yuran dikenakan adalah RM2,000, eksport produk kayu lain (RM100), import RM400 dan jual tempatan RM50.

Tegas PUSAKA, kegagalan untuk mendaftar dengan PUSAKA, pihak syarikat atau individu akan dikenakan denda seperti diperuntuk­kan dalam Klausa 5E(1) Ordinan PUSAKA 1973.

Bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak kurang dari RM300,000 atau penjara tidak kurang daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali, manakala ksalahan berikutnya boleh didenda tidak kurang daripada RM300,000 sehari.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya pula boleh didenda tidak kurang daripada RM500,000 atau penjara tidak kurang daripada tujuh tahun atau keduaduany­a sekali dan kesalahan berikutnya boleh didenda tidak kurang dari RM500,000 sehari atau penjara tidak kurang daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia