Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Miri

-

MIRI: Kumpulan pertama vaksin COVID-19 PfizerBioN­Tech untuk Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang selamat tiba di Miri pada jam 9.26 pada malam kelmarin melalui jalan darat dari Kuching.

MenteriBer­tanggungja­wab Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan medianya semalam berkata, sebanyak tiga kotak yang mengandung­i vaksin terbabit diterima dengan anggaran berat sebuah kotak lebih 20 kilogram.

Kesemua kotak vaksin terbabit mengandung­i bilangan vaksin yang telah diperuntuk­kan kepada Bahagian Miri, Bahagian Bintulu dan Bahagian Limbang untuk diagihkan secara berperingk­at, katanya.

“Penghantar­an vaksin tersebut telah dilakukan oleh syarikat penghantar­an yang diiringi oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak serta sepasukan polis yang mengiringi kenderaan penghantar secara bergilir apabila kenderaan penghantar melalui setiap bahagian dari Kuching sebelum tiba di Miri,” ujarnya dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Menteri Pengangkut­an itu, kotak vaksin berkenaan diterima oleh Pegawai Farmasi Bahagian Miri Eileen Yii Sze Shin dan disaksikan oleh Lee, Pengerusi JPBB Miri merangkap Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmm­an, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari.

Kotak vaksin berkenaan ditempatka­n dalam peti penyimpana­n khas di Pejabat

Farmasi Bahagian Miri.

JelasLee,aktivitipe­mberian vaksin di bahagian Miri bagi fasa kedua dan ketiga akan diberikan sejurus selepas pemberian vaksin fasa pertama yang dikhususka­n kepada petugas barisan hadapan bermula hari ini dan dijangka tamat pada penghujung April.

Justeru katanya, beliau menggesa orang ramai khususnya warga Miri yang mempunyai telefon pintar serta capaian Internet agar membuat pendaftara­n vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahter­a.

“Orang ramai adalah digalakkan supaya mendaftar sekarang untuk pemberian vaksin COVID-19 untuk fasa kedua dan ketiga yang akan datang bagi mengelakka­n mereka tercicir dari senarai.

“Tarikh tentatif aktiviti pemberian vaksinasi COVID19 fasa kedua kepada masyarakat umum berisiko tinggi iaitu warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik adalah pada bulan April 2021.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan memaklumka­n secara rasmi pada waktu yang terdekat nanti,” katanya.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi MySejahter­a atau tidak mempunyai akses kepada kemudahan internet adalah diminta untuk mengemukak­an permohonan vaksinasi COVID-19 melalui empat saluran iaitu di Pejabat-pejabat Daerah, melalui Ketua Kaum, Ketua Kampung, Kapitan atau Tuai Rumah yang akan dibantu oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) masingmasi­ng, melalui Jawatankua­sa Penduduk (Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Subis, Majlis Daerah Marudi) atau mendaftar di Klinik Kesihatan yang berdekatan bagi kawasan pedalaman sahaja.

“Orang ramai juga diingatkan untuk terus kekal berwaspada dan sentiasa mematuhi aspek prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah wabak COVID-19 menular,” tambahnya.

 ??  ?? VAKSIN KUMPULAN PERTAMA: (Dari kiri) Dr P. Raviwharmm­an, Abdul Aziz, Lee, Eileen Yii dan Dr Jack Wong menunjukka­n tanda bagus selepas menerima tiga kotak vaksin yang akan diagihkan kepada Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang yang tiba di Miri, malam kelmarin.
VAKSIN KUMPULAN PERTAMA: (Dari kiri) Dr P. Raviwharmm­an, Abdul Aziz, Lee, Eileen Yii dan Dr Jack Wong menunjukka­n tanda bagus selepas menerima tiga kotak vaksin yang akan diagihkan kepada Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang yang tiba di Miri, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia