Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga tiga generasi Voon terima kediaman baharu daripada Lo menerusi projek MRP-PPRMS kerajaan Sarawak

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Setelah lebih 40 tahun mendiami rumah usang di Jalan Penrissen di sini, keluarga tiga generasi Voon Kui Fah, 79, menerima pemilikan kediaman baharu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, semalam.

Lo menyampaik­an sijil dan replika kunci sebagai simbolik kepada Voon mewakili suaminya, 81, yang kini sedang sakit dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak Selasa lalu.

“Kerajaan negeri menerusi Projek Kerajaan SarawakPen­ambaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) Tahun 2021 telah memberi maksimum RM15,000 untuk membeli bahan binaan.

“Serta tambahan bagi menyiapkan rumah ini disumbangk­an oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Pasar Kota Padawan

Kerajaan negeri menerusi Projek Kerajaan Sarawak-Penambaika­n Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) Tahun 2021 telah memberi maksimum RM15,000

” untuk membeli bahan binaan.

Lo Khere Chiang

ADUN Batu Kitang

Batu 10 menjadikan jumlah kos terkumpul sebanyak

RM36,000,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan

Lawatan Projek Baik Pulih Rumah di Batu 9, Jalan Penrissen di sini, semalam.

Lo turut meluahkan rasa gembira kerana badan bukan kerajaan seperti JKKK Pasar Kota Padawan Batu 10 menjalanka­n khidmat sosial untuk masyarakat setempat yang memerlukan dan ia harus diteladani semua.

Pembinaan telah dimulakan secara bergotong-royong pada 22 Februari lalu oleh JKKK Pasar Kota Padawan Batu 10 dan selesai semalam.

Tambah beliau, semua badan korporat, badan bukan kerajaan serta individu digalakkan untuk menjalanka­n kolaborati­f dengan pihaknya bagi membantu golongan yang susah tanpa mengharapk­an sebarang manfaat sebagai balasan.

Sebelum ini, rumah Voon mengalami atap bocor dengan keadaan dinding yang hampir roboh dan setiap kali hujan lebat, rumahnya akan dinaiki air banjir setinggi dua kaki.

Voon dan suami pernah mendiami kawasan setinggan di Sungai Apong sebelum berpindah ke tempat baharu selepas dibawa oleh anak sulung mereka.

Kini, Voon akan tinggal sementara di rumah baharu tersebut bersama anak keduanya, Ng Thien Poh, 58 daripada enam adik-beradik dan isteri Lee Chiew Ling, 43, sebelum membaiki rumah lamanya yang hanya beberapa langkah dari situ.

Turut hadir Temenggung Datuk Tan Joo Phoi dan Exco JKKK Pasar Kota Padawan Batu 10.

 ??  ?? PRIHATIN: Lo (tengah) ketika ditemui pemberita di kediaman usang Voon, semalam.
PRIHATIN: Lo (tengah) ketika ditemui pemberita di kediaman usang Voon, semalam.
 ??  ?? DAIF: Keadaan rumah usang milik Voon yang didiaminya lebih 40 tahun.
DAIF: Keadaan rumah usang milik Voon yang didiaminya lebih 40 tahun.
 ??  ?? SYUKUR:Voon(duakiri)bersamaNgd­anisteriLe­e(duakanan)serta anak mereka di hadapan kediaman baharu mereka, semalam.
SYUKUR:Voon(duakiri)bersamaNgd­anisteriLe­e(duakanan)serta anak mereka di hadapan kediaman baharu mereka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia