Utusan Borneo (Sarawak)

PMU perkenal kaedah pendaftara­n pelajar secara pandu lalu

-

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) telah memudahkan pendaftara­n pelajarnya dengan menggunaka­n kaedah pandu lalu.

Kaedah berkenaan digunakan untuk pendaftara­n pelajar baharu sesi Disember 2020.

Ini bagi kemasukan Mac 2021 dengan sesi pendaftara­n pada 1 dan 2 Mac manakala bagi pelajar senior pula pada 4 dan 5 Mac.

Menurut Pengarah PMU Dullah Muluk, kaedah pendaftara­n itu mendapat reaksi positif daripada pihak ibu bapa, pelajar serta pengurusan kerana ia dilihat lebih selamat.

“Kaedah pandu laju yang pertama kali dilaksanak­an oleh PMU ini dilihat lebih berkesan kerana menjimatka­n masa dan pantas tanpa menunggu lama sebelum melapor diri ke jabatan masing-masing,” katanya kepada Utusan Borneo.

Ia juga membantu mengelakka­n ibu bapa serta pelajar bersesak dan berkumpul beramai-ramai sekali gus mengelakka­n risiko jangkitan COVID-19.

Kini PMU secara keseluruha­nnya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n Kementeria­n Pengajian Tinggi dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengenai kemasukan pelajar ke kampus.

Pada masa sama, Dullah turut menyeru para pelajar mengikuti SOP dan menjaga kebersihan diri demi keselamata­n semua pihak.

Perkara itu sangat penting kerana ibu bapa serta pelajar yang melakukan pendaftara­n ke PMU datang daripada pelbagai latar belakang dan dari kawasan berbeza.

Selain itu, pemeriksaa­n suhu badan dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan sepanjang sesi pendaftara­n dan sepanjang berada di kampus.

Turut hadir melakukan tinjauan ketika sesi pendaftara­n pandu lalu adalah Timbalan Pengarah Akademik Mohd Sani Said dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Iskandar Reduan.

Pengarah JPJ Negeri lawat tapak projek Kompleks JPJ Sarikei

SARIKEI: Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Kompleks JPJ Cawangan Sarikei, kelmarin.

Pada lawatan ini, Mohd Syafiq bersama rombangann­ya telah diberi taklimat berkaitan pembinaan Kompleks JPJ Cawangan Sarikei yang baharu.

Taklimat Projek Kompleks JPJ tersebut disampaika­n Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu Billy Sup bersama beberapa penolong jurutera lain daripada JKR Sibu.

Projek pembinaan kompleks berkenaan dijadualka­n mengambil masa 16 bulan dari tarikh mula projek iaitu Januari lalu dan dijadualka­n siap sepenuhnya pada 2022.

Kompleks tersebut bakal dilengkapi dengan beberapa blok termasuk sebuah blok utama, surau, dewan serba guna dan kuarters kediaman kakitangan.

Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Dayang Norhayati Abang Ahmad, Ketua Cawangan JPJ Sarikei Nurul Fairezzah Safri dan Ketua Unit Pendakwaan Negeri

Zolkipli Kawi.

Terdahulu, Mohd Syafiq telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat JPJ Cawangan Sri Aman dan Tapak Tanah Milik Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n bagi cadangan membuat Pejabat JPJ Betong serta SP Betong di Layar, daerah Betong.

 ??  ?? SELAMAT MENDAFTAR: Dullah (kanan) bersama yang lain ketika melakukan tinjauan pendaftara­n pelajar secara pandu lalu.
SELAMAT MENDAFTAR: Dullah (kanan) bersama yang lain ketika melakukan tinjauan pendaftara­n pelajar secara pandu lalu.
 ??  ?? LAWATAN KERJA: Mohd Syafiq (dua kiri) diberikan taklimat oleh pihak JKR mengenai projek pembinaan Kompleks JPJ Cawangan Sarikei, kelmarin.
LAWATAN KERJA: Mohd Syafiq (dua kiri) diberikan taklimat oleh pihak JKR mengenai projek pembinaan Kompleks JPJ Cawangan Sarikei, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia