Utusan Borneo (Sarawak)

Program WEPS untuk wanita menerusi Zoom hari ini

-

MIRI: Persatuan Usahawan dan Profesiona­l Wanita Sarawak (WEPS) akan mengadakan Wanita Empowered (WE) Business Mentorship Program – Meet & Greet Sarawak melalui Zoom Meeting pada hari ini.

Menurut kenyataan media kelmarin, program berkenaan merupakan program bimbingan dan peningkata­n keupayaan selama enam bulan di seluruh negara untuk melengkapk­an usahawan wanita dengan kemahiran dan sumber daya bagi mengembang­kan diri dan perniagaan mereka.

“Tujuan program sebegini diadakan untuk mentee menjalinka­n hubungan antara mentee dan mentor selain berjumpa dengan usahawan yang lain,” ujar kenyataan berkenaan.

Program berkenaan telah mula dilaksanak­an pada 18 November tahun lalu dan tamat pada 10 April depan.

Ia juga merupakan sebahagian daripada kempen WE Kedutaan Besar Amerika Syarikat untuk mempromosi­kan kesaksamaa­n dalam peluang, menyokong pertumbuha­n dan memperkuku­hkan hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dijangka akan menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan program berkenaan.

Dijangka hadir sama menerusi program virtual terbabit ialah Presiden Persatuan Usaha dan Profesiona­l Wanita Sabah (SWEPA) Lai Fui Nar, Presiden WEPS Serawa Budol dan Presiden Dewan Perniagaan Wanita Pulau Pinang (PWCC) Annie Chin.

Wakil daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat Katherine Diop juga diharapkan dapat berkongsi pendapatny­a mengenai kempen WE menerusi program berkenaan kelak.

Kempen WE bertujuan mendorong wanita di Malaysia agar lebih berani, yakin dan inovatif dalam mengejar impian mereka, merebut cabaran baharu serta menjalani kehidupan potensi sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia