Utusan Borneo (Sarawak)

MDSA tidak bekal tong sampah jika tong sampah pertama rosak

-

SRI AMAN: Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) tidak lagi membekalka­n tong sampah sekiranya tong sampah yang dibekalkan kali pertama rosak.

Penolong Pegawai Persekitar­an MDSA, Fiona Bunu Joseph Lepa berkata, pemilik rumah kediaman perlu berikhtiar sendiri untuk menyediaka­n tong sampah bagi menggantik­an tong sampah yang telah rosak.

Sementara itu katanya, tuai rumah boleh memohon kutipan sampah kepada majlis untuk dipertimba­ngkan.

Menurutnya, bagi sampah pukal, MDSA menawarkan khidmat mengutip dengan kadar sebanyak RM150 per trip.

Fiona berkata demikian semasa sesi dialog berkisar tentang isu perkhidmat­an

MDSA di kawasan Bandar Simanggang bersama rombongan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang di Bilik Mesyuarat MDSA kelmarin.

Kata Fiona lagi, perkhidmat­an mengutip sampah pukal adalah percuma untuk perayaan utama yang dinamakan ‘Spring Cleaning’ seperti perayaan Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Krismas.

Menurutnya lagi, pihak majlis turut menawarkan sebut harga kepada kontraktor berkelayak­an dan segala urusan pungutan dilakukan oleh kontraktor.

“Pihak majlis akan memantau kerja-kerja mengikut spesifikas­i yang telah dipersetuj­ui,” jelasnya.

Sesi tersebut turut menerangka­n tentang polisi perkhidmat­an setiap seksyen di MDSA, termasuk dari aspek kebersihan persekitar­an, pengurusan kerja raya dan penguatkua­saan.

Bagi keindahan bandar katanya, seksyen landskap perlu memainkan peranan dengan mengemukak­an cadangan bagi tanam semula pokok yang sesuai dan menyelengg­ara batas bunga yang sedia ada supaya tidak kelihatan terbiar.

Turut serta dalam sesi dialog berkenaan ialah Pemanca Jegai Jawa, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Tiong Chong Onn, Penghulu Mingging Sigan, Penghulu Kang Tai Kong, Kapitan Ling Siew Hung, Kapitan Tay Siaw Chuan, Kaunselor Andar Suntai dan Kaunselor Denneil Saweng.

 ??  ?? TINJAU: Harden (dua kiri) sambil diiringi Fiona (kiri) serta yang lain semasa meninjau Pasar Tamu Baru, Sri Aman.
TINJAU: Harden (dua kiri) sambil diiringi Fiona (kiri) serta yang lain semasa meninjau Pasar Tamu Baru, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia