Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan GKP dan BPN mampu kembangkan perniagaan usahawan biskut

-

PASANGAN suami isteri yang memulakan perniagaan kambing perap ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu menggunaka­n bantuan Geran Khas Prihatin (GKP), bersyukur dapat melebarkan sayap perniagaan mereka malah memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai tahun ini.

Suami isteri, Rosnizam Ishak dan Roazian Md Noor masing-masing berusia 44 tahun, pada mulanya terpaksa menutup kedai makan dan kilang biskut yang diusahakan berikutan PKP malah hampir bankrap selepas gagal meraih pendapatan, namun mereka dapat menarik nafas lega apabila menerima bantuan GKP RM3,000 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) RM1,000 tahun lalu.

Rosnizam berkata, dengan bantuan yang diterima daripada kerajaan, beliau dan isterinya memulakan perniagaan kambing perap dari rumah bagi menjana pendapatan dengan menjual terus kepada pembeli serta ejen-ejen mereka.

“Alhamdulil­lah dengan bantuan yang diterima daripada kerajaan, kami mulakan perniagaan kambing perap pada April tahun lepas...selepas lebih lapan bulan, kami dapat memulakan semula bisnes biskut yang sebelum ini memang kami dah buat.

“Cuma masa PKP, bisnes biskut dan kedai makan memang jatuh teruk boleh dikatakan hampir bankrap, banyak hutang ketika itu, namun berkat usaha menjalanka­n perniagaan kambing perap dan menggunaka­n modal keuntungan daripada situ, kami dapat membuka semula perniagaan biskut dan kedai makan tetapi kali ini menawarkan masakan barat berbanding lauk-pauk,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Rosnizam berkata, sejak memulakan perniagaan kambing perap mereka mampu mendapat jualan bagi kambing perap antara RM30,000 hingga RM50,000 setiap bulan sebelum menyimpan keuntungan bagi menjalanka­n perniagaan biskut serta kedai makan.

Katanya, bermula Disember lepas, mereka dapat menjalanka­n semula perniagaan biskut dan kedai makan namun dengan beberapa penambahba­ikan termasuk menjual kambing perap di restoran tersebut.

Menurutnya selain itu, mereka turut menjual bahan yang siap dicampur untuk perapan kambing, ayam dan daging di kedai makan itu supaya orang ramai boleh membeli untuk membuat perapan sendiri di rumah mereka.

“Yang paling kami bersyukur ialah dapat memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai, macam di kilang membuat biskut kami mempunyai 30 pekerja tetap manakala di kedai makan pula enam orang. Selain itu untuk biskut terdapat lebih 30 ejen dan kambing perap seramai enam ejen.

“Selain dapat menambah pendapatan keluarga saya, kami juga membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika PKP dengan menawarkan pekerjaan kepada mereka... Alhamdulil­lah perniagaan biskut nampaknya menunjukka­n perkembang­an baik terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti, “katanya.

Sementara itu, Roazian berkata sekarang ini beliau dan suami dapat bernafas semula malah dapat membayar hutang-hutang tertunggak terutama rumah mereka dan beliau berharap dapat melebarkan lagi perniagaan kerana mahu membantu lebih ramai orang yang terjejas ketika PKP ini.

“Alhamdulil­lah dengan berkat perniagaan berkongsi rezeki, kami dapat bertahan dan meneruskan bisnes yang sebelum ini hampir bankrap... terima kasih juga atas bantuan kerajaan bagi GKP dan BPN yang dapat membantu kami memulakan perniagaan kambing perap dan seterusnya mengumpul modal,” katanya.

Menurutnya, perniagaan kambing perap yang mereka jalankan itu adalah antara hikmah PKP yang dirasai bersama suaminya apabila berjaya mencipta satu peluang perniagaan baharu dan seterusnya membantu memberi peluang pekerjaan kepada individu lain. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KEMBANGKAN PERNIAGGAN: Rosnizam dan Roazian sama sekali tidak menyangka bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) serta Bantuan Nasional (BPN) yang disalurkan kerajaan berjumlah RM4,000 pada tahun lepas dapat menghasilk­an pendapatan lumayan setelah berkecimpu­ng dalam perniagaan kambing perap di Kepala Batas.
— Gambar Bernama KEMBANGKAN PERNIAGGAN: Rosnizam dan Roazian sama sekali tidak menyangka bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) serta Bantuan Nasional (BPN) yang disalurkan kerajaan berjumlah RM4,000 pada tahun lepas dapat menghasilk­an pendapatan lumayan setelah berkecimpu­ng dalam perniagaan kambing perap di Kepala Batas.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELUANG PEKERJAAN: Kelihatan pekerja-pekerja Kudapan Qaseh menghasilk­an biskut raya di sebuah bengkel.
— Gambar Bernama PELUANG PEKERJAAN: Kelihatan pekerja-pekerja Kudapan Qaseh menghasilk­an biskut raya di sebuah bengkel.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEYAKINAN TINGGI: Hasil pendapatan daripada perniagaan kambing perap sejak tahun lepas membolehka­n pasangan itu menghidupk­an kembali perniagaan biskut raya berjenama Kudapan Qaseh yang diusahakan sejak 10 tahun lepas.
— Gambar Bernama KEYAKINAN TINGGI: Hasil pendapatan daripada perniagaan kambing perap sejak tahun lepas membolehka­n pasangan itu menghidupk­an kembali perniagaan biskut raya berjenama Kudapan Qaseh yang diusahakan sejak 10 tahun lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia