Utusan Borneo (Sarawak)

Dedah laporan siasatan insiden SUKE kepada umum: Lee Lam Thye

-

KUALA LUMPUR: Laporan hasil siasatan berhubung insiden di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) pada Rabu yang mengorbank­an dua wanita perlu didedahkan kepada orang awam, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, orang awam mempunyai kepentinga­n dalam insiden itu dan mereka yang bertanggun­gjawab perlu dikenakan tindakan tegas.

“Saya cadangkan hasil siasatan perlu didedahkan kepada orang awam kerana banyak kali mereka lakukan siasatan, selepas itu tiada siapa yang tahu (hasil siasatan) dan lama-kelamaan orang akan lupa sehingga kejadian seterusnya berlaku. Adalah penting untuk pihak berkuasa menyiapkan siasatan dan hasilnya didedahkan kepada umum,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, insiden itu juga adalah satu ‘wake up call’ kepada industri pembinaan negara untuk meningkatk­an aspek keselamata­n di kawasan tapak binaan bagi memelihara keselamata­n orang awam.

“Saya bukan menyalahka­n pemaju kerana saya bukan pihak berkuasa. Tapi secara amnya, di negara kita sudah terlalu banyak kemalangan berlaku dan ia kini menjejaska­n keyakinan orang ramai... mereka sudah ada rasa fobia apabila melalui kawasan pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamata­n Jalan Raya dan Pengangkut­an Malaysia (MRTSA) Nik M Salim Nik M Salleh bersetuju dengan cadangan hasil daripada siasatan itu perlu dikongsi dengan orang awam disusuli audit keselamata­n agar kemalangan tersebut tidak berulang.

“Isu yang penting dan menjadi persoalan di sini adalah jaminan bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan pengguna jalan raya serta pekerja yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pematuhan kepada keperluan perundanga­n, tata amalan industri, standard, garis panduan serta pengurusan yang lebih bersistema­tik perlu dipatuhi oleh pihak industri bagi menjamin keselamata­n semua pihak.

Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebelum ini menyatakan pihaknya memfokuska­n aspek pengurusan trafik dalam siasatan terhadap insiden itu mengikut Seksyen 34B dan 34C Akta CIDB.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu menyebabka­n dua wanita maut manakala dua lagi wanita serta seorang lelaki yang merupakan pemandu van tersebut, cedera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia