Utusan Borneo (Sarawak)

Usul pemulihan ekonomi, COVID-19 dibincangk­an pada AGM MCA secara hibrid

-

KUALA LUMPUR: Usul pemulihan ekonomi negara dan pemerkasaa­n usaha melawan COVID-19 adalah antara usul yang akan dibincang serta dibahaskan pada Perhimpuna­n Agung Tahunan (AGM) MCA yang berlangsun­g dua hari bermula hari ini.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, AGM berkenaan yang pertama kalinya dilaksanak­an secara hibrid, menggabung­kan kehadiran secara fizikal di Wisma MCA dan secara maya susulan COVID-19, turut membincang­kan usaha memperkasa­kan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, 120 perwakilan dari Kuala Lumpur dan Selangor akan menghadiri AGM secara fizikal berikutan kebenaran pergerakan antara Kuala Lumpur dan Selangor seperti diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa lepas.

“Selebihnya akan mengikuti AGM 2020 ini secara maya termasuk wartawan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi MCA. Kita juga tidak menjemput mana-mana wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) hadir dan perasmian akan disempurna­kan oleh Presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“AGM kali ini juga akan diadakan bersekali dengan sambutan ulang tahun MCA ke-72,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Hari ini, AGM dimulakan dengan persidanga­n sayap Wanita pada sebelah pagi yang akan dirasmikan oleh Chong manakala persidanga­n sayap Pemuda pada sebelah petang oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mah Hang Soon.

Ia disusuli dengan sambutan ulang tahun parti pada keesokanny­a dan juga perasmian AGM oleh Wee, yang juga Menteri Pengangkut­an.

Sementara itu, Chong menyifatka­n AGM kali ini istimewa memandangk­an Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini telah meluluskan permohonan pindaan terhadap perlembaga­an parti yang diputuskan pada 2019, antara lain membenarka­n keahlian bukan Cina menyertai MCA sebagai ahli bersekutu.

“Turut diluluskan ialah permohonan kita untuk diubah tarikh pemilihan parti yang akan diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum. Ini akan membolehka­n parti menumpukan kepada pemerkasaa­n parti dan gerak kerja pilihan raya,” katanya dan menambah MCA kini mempunyai 1.05 juta ahli.

Beliau turut memaklumka­n AGM MCA 2021 akan diadakan hujung November atau Disember tahun ini.

Ditanya mengenai sama ada tindakan UMNO untuk tidak bekerjasam­a dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU dalam PRU15 akan dibincangk­an dalam AGM berkenaan, Chong berkata perkara itu tiada dalam senarai agenda perhimpuna­n.

UMNO baru-baru ini mengutuska­n surat kepada Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memaklumka­n tidak lagi bekerjasam­a dengan BERSATU dalam PRU15, namun berpendapa­t kebersamaa­n dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan hingga pembubaran Parlimen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia