Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin COVID-19: Kira-kira 76 peratus polis Perak akan terima suntikan fasa pertama mulai 12 Mac

-

TELUK INTAN: Kirakira 76 peratus daripada 10,924 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Perak dijangka akan menerima suntikan vaksinasi COVID-19 fasa pertama secara berperingk­at mulai 12 Mac ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata, bagaimanap­un sejumlah 24 peratus pegawai dan anggota tidak sesuai untuk diberikan suntikan vaksin berkenaan kerana mempunyai masalah kesihatan antaranya alahan, menghidap penyakit, mengandung dan menyusukan anak.

“Setakat ini, kita tidak membuat pengiraan secara khusus (pegawai dan anggota yang tidak menerima vaksin) tetapi kita akan buat kajian berapa ramai yang tidak sesuai terima suntikan vaksin.

“Disebabkan itu, kontinjen Perak tidak dapat mencapai 100 peratus pegawai dan anggota yang menerima suntikan vaksin” kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Mior Faridalath­rash berkata seorang pegawai dan lima anggota polis lelaki yang ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh pada 26 Februari lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 1 Mac, selepas direman empat hari.

“Ujian saringan air kencing kesemua mereka telah dihantar ke Jabatan Patologi untuk dianalisis dan jika keputusann­ya masih positif, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk mendapatka­n arahan pertuduhan di mahkamah,” jelasnya.

Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati parti liar itu dianjurkan sendiri oleh pegawai dan anggota polis berusia 20 hingga 40 tahun yang kesemuanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Pada 26 Februari lepas, Mior Faridalath­rash dilaporkan berkata bertindak atas maklumat, polis menahan 14 individu termasuk seorang pegawai dan lima anggota polis lelaki dalam serbuan parti liar, kira-kira jam 1.30 pagi.

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 50 tahun itu turut melibatkan lima wanita tempatan dan tiga wanita warga Indonesia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Mior Faridalath­rash (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Asisten Superinten­dan (ASP) Mohd Faizul Mohd Isa (kanan) pada Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Teluk Intan semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Mior Faridalath­rash (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Asisten Superinten­dan (ASP) Mohd Faizul Mohd Isa (kanan) pada Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Teluk Intan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia