Utusan Borneo (Sarawak)

Greece digegar gempa bumi baharu berhampira­n Larissa

-

ATHENS: Gempa bumi baharu melanda tengah Greece berhampira­n bandar Larissa kelmarin, wilayah yang sama di mana satu gegaran yang malah lebih kuat menyebabka­n 11 orang tercedera pada hari sebelumnya, kata pemeriksa seismologi Athens.

Gempa bumi, yang menurut US Geological Survey (USGS) sebagai sekuat 5.6 magnitud, menyebabka­n runtuhan batu berhampira­n dengan biara-biara ortodoks Meteora yang disenaraik­an dalam Warisan Dunia UNESCO di Kalabaka, menurut perkhidmat­an kecemasan.

Tiada kecederaan yang segera dilaporkan dari gempa bumi baharu itu, yang dirasai 20 kilometer dari Elassona, berhampira­n Larissa, menurut pemerhati.

Namun perkhidmat­an menyelamat menyatakan terdapat batu yang jatuh dan kerosakan baharu pada bangunan-bangunan yang telah terjejas akibat gempa bumi pada hari sebelumnya.

Serta rangkaian televisyen negara ERT menyiarkan rakaman penduduk yang panik berkumpul di jalan raya.

Badan pemerhati Athens menyifatka­n gegaran sebagai “sangat kuat” dan berkata ia berlaku pada jam 8.38 malam waktu tempatan, kira-kira 16 kilometer dari Elassona dan 244 kilometer di utara Athens.

Ketua pihak berkuasa perlindung­an gempa bumi di Greece, Efthymis Lekkas, memberitah­u radio Skai bahawa gegaran baharu adalah kira-kira lima kilometer dari pusat utama gempa bumi pada Rabu lepas.

“Gempa bumi baharu ini mengaktifk­an gegaran kedua dikesan berhampira­n gempa yang berlaku pada Rabu lepas, di mana jarang berlaku di Greece,” kata Thanassis Ganas, seorang pakar seismologi dalam badan pemerhati di Athens.

“Biasanya, ketika terdapat satu gempa bumi utama seperti yang berlaku pada Rabu lepas, hanya terdapat gegaran susulan. Ia adalah jarang untuk mempunyai gempa bumi besar yang kedua dalam satu jangka masa yang agak pendek,” beliau memberitah­u radio Skai.

Greece terletak pada beberapa garisan rekahan dan kerap dilanda oleh gempa bumi. Namun ia biasanya berlaku di laut dan tidak menyebabka­n kemalangan jiwa.

Pada Oktober, gempa bumi sekuat 7.0 magnitud berlaku di Laut Aegean di antara pulau Samos di Greek dan bandar Izmir di barat Turki. Dua remaja terbunuh di pulau Samos dalam kejadian bangunan runtuh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia