Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang terbunuh ketika protes penangkapa­n pemimpin Senegal

-

DAKAR: Polis Senegal bertempur dengan penyokong kepada pemimpin pembangkan­g yang ditangkap Ousmane Sonko kelmarin, menyebabka­n seorang terbunuh di selatan negara, kata seorang pegawai polis.

Ia merupakan kematian pertama yang disahkan dalam perbalahan sejak Sonko ditangkap pada Rabu lepas kerana melanggar arahan awam ketika bantahan meletus sebelum kehadirann­nya di mahkamah untuk berdepan satu tuduhan merogol.

Sonko, ketua parti pembangkan­g Pastef dan bekas calon presiden, telah dianggap sebagai pencabar utama yang berpotensi kepada Presiden Macky Sall dalam pilihan raya pada tiga tahun lepas.

Seorang maut dalam perbalahan kelmarin di pekan Bignona, di selatan wilayah Casamance, kata pegawai polis.

“Kami masih belum mengetahui puncanya, ia masih dalam siasatan,” kata anggota polis yang meminta namanya dirahsiaka­n.

Empat anggota polis turut tercedera.

Penangkapa­n Sonko telah mencetuska­n ketegangan terburuk yang pernah dilihat di Dakar sejak bertahun-tahun, di sebuah negara Afrika Barat yang terkenal dengan kestabilan­nya.

Beberapa pelajar masih bersembuny­i di universiti Cheikh Anta Diop di Dakar kelmarin, di mana mereka melontar bata konkrit ke arah pihak polis, yang membalas dengan menggunaka­n gas pemedih mata dan bom tangan pegun, kata seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

Sonko akan dipindahka­n pada petang kelmarin ke sebuah bangunan mahkamah Dakar di mana kesnya akan didengari oleh seorang hakim. Namun peguamnya menyatakan perbicaraa­n telah ditangguhk­an kepada semalam.

“Ousmane Sonko sekarang adalah subjek bagi satu waran. Di akan dibawa ke majistret yang menyiasat pada esok hari, sama ada secara rela atau paksaan,” Abdoulaye Tall, salah seorang peguamnya, memberitah­u AFP.

Pihak berkuasa perundanga­n Senegal kelmarin turut menolak isyarat dari dua rangkaian televisyen tempatan, Sen TV dan Walf TV selama 72 jam dari jam 5 petang kelmarin, yang menurut mereka telah menyiarkan imej ”yang berbeza” bagi keganasan selepas penahanan Sonko.

Beratus-ratus orang telah mengekori rombongan kenderaann­ya pada Rabu lepas, membunyika­n hon dan menyanyi sebelum pergaduhan meletus dan Sonko telah ditangkap sebelum sampai ke mahkamah.

Menteri Dalam Negeri Antoine Felix Abdoulaye Diome berkata Sonko telah ditangkap bagi satu larangan terhadap perhimpuna­n disebabkan oleh COVID-19 dan melanggar satu rancangan trafik yang dilaksanak­an.

“Semua orang perlu untuk mematuhiny­a. Mereka yang lain turut melakukan perkara yang sama. Saya membayangk­an kenapa terdapat satu pengecuali­an,” beliau memberitah­u radio RFM.

Sonko turut menafikan tuduhan merogol yang difailkan terhadapny­a pada bulan lepas oleh seorang pekerja di sebuah salun di mana dia menerima urutan.

Seorang penganut taat Islam dan berusia 46 tahun, Sonko sering kali bersuara lantang terhadap golongan elit pemerintah Senegal dan terkenal di kalangan golongan muda.

Dia menuduh Sall berkomplot untuk mengetepik­annya sebelum pilihan raya pada 2024.

Keganasan turut berlaku pada Rabu lepas di kawasan lain termasuk di Casamance, di mana ayah Sonko berasal dan di mana dia mempunyai pengaruh yang kuat.

Sonko bertanding menentang presiden dalam pilihan raya 2019, namun di tempat ketiga dalam pertanding­an yang memberikan penjawat kini penggal kedua.

Jawatan presiden di bekas koloni Perancis itu terhad kepada dua penggal berturut-turut, namun Sall telah melancarka­n penilaian semula perlembaga­an pada 2016, membangkit­kan kecurigaan bahawa beliau berniat untuk bertanding semula. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HURU-HARA: Anggota tentera Senegal berkawal di luar universiti di mana pelajar melancarka­n protes terhadap penangkapa­n pemimpin pembangkan­g di Dakar, kelmarin.
— Gambar AFP HURU-HARA: Anggota tentera Senegal berkawal di luar universiti di mana pelajar melancarka­n protes terhadap penangkapa­n pemimpin pembangkan­g di Dakar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia