Utusan Borneo (Sarawak)

Daniel Bruehl kongsi pengalaman berlakon filem adiwira dalam arahan sulung ‘Next Door’

-

PELAKON Daniel Bruehl mengimbas kembali beberapa pengalaman­nya di Hollywood yang “memalukan” bagi filem komedi gelap ‘Next Door’, arahan sulungnya yang ditayang buat pertama kali dalam pertanding­an di festival filem Berlinale minggu ini.

Pelakon JermanSepa­nyol Bruehl, yang menjadi bintang pada umur 25 tahun dengan petanding Berlinale ‘Good Bye, Lenin!’, kini bertanding bagi anugerah terbaik Golden Bear dalam acara yang dikendalik­an secara virtual ekoran pandemik.

Sejak dari kemasyhura­n awalnya, Bruehl, kini 42 tahun, telah membintang­i filem kegemaran ramai termasuk ‘Rush’, siri TV ‘The Alienist’ dan francais ‘Captain America’.

‘Next Door’ menceritak­an kisah Daniel, seorang pelakon Jerman-Sepanyol yang dimainkan oleh Bruehl, tinggal di kawasan mundur di Berlin dan sedia berlakon watak dalam filem adiwira.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, dia singgah di sebuah pub di ibu kota Jerman untuk berlatih skripnya.

Berusaha untuk memahami karektorny­a, Daniel dengan cepat memanggil eksekutif Marvel dan meminta dari mereka untuk berkongsi lebih banyak kandungan tentang lakon layar mereka yang sangat dirahsiaka­n agar dia dapat lebih bersedia.

Daniel berlatih dialog anehnya dengan ngauman dari komik Marvel yang biasa didengari sambil diperhatik­an oleh Bruno, seorang lelaki misteri yang duduk di bar itu dan mengakui dia mengetahui kehidupan Daniel lebih dari yang sepatutnya.

Bruno ialah seorang penduduk asal Berlin Timur yang tidak suka akan pendatang kaya baharu di kawasan itu yang menyebabka­n kenaikan harga rumah, dan dia tidak mempedulik­an cubaan Daniel untuk mengambil hatinya.

Sembang santai mereka mula menjadi tegang, lalu Bruno membuktika­n kepada Daniel siapa yang lebih hebat.

Walaupun terdapat persamaan, Bruehl bergurau, “Saya seorang lelaki yang bermegah dan narsisisti­k, namun tidaklah sejahat lelaki dalam filem itu”.

Bruehl memberitah­u bahawa beliau mahu ‘Next Door’ untuk mempamerka­n perubahan

Belin di mana sewa telah meningkat sebanyak 75 peratus sejak dekad yang lalu, dan kadang-kadang kelemahan industri hiburan.

“Saya berseronok dalam proses pembuatan filem, namun ada kalanya saya berasa mengarut dan memalukan,” katanya.

Bruehl memanggiln­ya “ia merupakan pengalaman yang purgatif dan membersihk­an bagi saya untuk menayangka­n aspek memalukan ini dalam sebuah filem”.

Namun dia khuatir sindiranny­a akan memakan diri sendiri.

“Seseorang seperti Kevin Feige (presiden Marvel), dia mempunyai humor yang elok. Itulah yang saya gemar tentang Marvel. Saya berharap apabila penonton melihat filem ini, mereka faham akan lawak itu,” tambahnya.

Beliau mengambil inspirasi daripada beradik Coen dan pelakon-pengarah Julie Delpy untuk perubahan modus filem itu, yang ditulis oleh penulis Jerman terlaris, Daniel Kehlmann.

Bruehl, yang membesar di kawasan barat Jerman di bandar Cologne namun orang tuanya tinggal di Barcelona, kini menetap di kawasan mewah Berlin Prenzlauer Berg sejak awal tahun 2000.

Beliau berhasrat untuk menyelesai­kan pecahan kaum yang sedang berlaku antara yang kaya dan miskin, dan warga timur dan barat Berlin sejak kejatuhan Berlin Wall.

“Saya beruntung kerana dapat menjadi seorang pelakon yang berjaya seawal usia muda,” katanya.

“Namun saya selalu berasa seperti seorang asing, di Prenzlauer Berg mahupun di Barcelona di mana saya membeli sebuah apartmen pada 2010.”

Menurut beliau, sehingga hari ini Berlin masih memberinya perasaan aneh.

“Setelah 20 tahun, kadang kala saya masih berasa ‘Ich bin kein Berliner’ (Saya bukan warga Berlin).”

— AFP

 ??  ?? DANIEL BRUEHL
DANIEL BRUEHL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia