Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA bangunkan 2,343 outlet pemasaran kekal

Ia melibatkan 50,189 usahawan bimbingan dengan nilai jualan RM137.1 juta sehingga akhir Januari lalu

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

Untuk data nilai jualan bagi Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut sahaja, ia mencatatka­n RM125,705.69 sejak ianya dibuka pada 1 Februari 2021. ”

Datuk Seri Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I

BESUT: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) berjaya membangunk­an 2,343 outlet pemasaran kekal dan separa kekal moden melibatkan 50,189 usahawan bimbingan dengan nilai jualan RM137.1 juta sehingga akhir Januari lalu.

Outlet itu seperti Pasar Tani Kekal (PTK), Rural Transforma­tion Centre (RTC), Agrobazaar, Gerai BuahBuahan Segar (GBBS), Medan Food Truck dan lain-lain.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, melalui Agrobazaar sahaja, FAMA merekodkan nilai jualan RM11,892,699.72 berakhir Disember 2020.

Beliau berkata, ia menerusi pemasaran 32,292 produk Stock Keeping Unit (SKU) di keseluruha­n lapan Agrobazaar yang dibangunka­n di seluruh negara.

Menurutnya, negeri Terengganu mempunyai tiga lokasi Agrobazaar iaitu Agrobazaar Nyiur Tujuh di Besut dan Agrobazaar Chendering serta Agrobazaar Permint Jaya di Kuala Terengganu.

“Jmlah keseluruha­n nilai jualan bagi ketiga-tiga Agrobazaar negeri Terengganu ini mencatatka­n RM1,041,555.93 dari Januari 2021 hingga Februari 2021.”

“Untuk data nilai jualan bagi Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut sahaja, ia mencatatka­n RM125,705.69 sejak ianya dibuka pada 1 Februari 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu Ahmad Hamzah melakukan lawatan kerja ke Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut bagi melihat sendiri Agrobazaar itu yang mana berfungsi sebagai outlet pemasaran dan promosi produk industri makanan serta produk segar.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman; Ketua Pengarah FAMA, Dato’ Haji Zainal Abidin Yang Razalli; Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Wira Haji Ghazale Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporatio­n Sdn. Bhd., Faidz Afizi Mohamed.

Sementara itu, Hamzah berkata, pembanguna­n Agrobazaar Nyiur Tujuh menunjukka­n satu lagi usaha oleh FAMA dalam membantu usahawan tani selain dijadikan sebagai hab pemasaran dan jualan produk tempatan berpotensi meraih pendapatan lebih buat mereka.

Katanya, Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut telah dibuka pada 1 Februari 2021 dan dibina di tapak Pasar Tani Kekal Nyuir Tujuh, Besut.

Ianya beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam dan menawarkan sebanyak 4,200 SKU produk.

“Konsep Agrobazaar Nyiur Tujuh merupakan pusat sehenti pelbagai produk industri makanan dan segar, hab jualan secara dalam talian (online) dan lokasi pick up point, hab agro pelanconga­n bagi mempromosi­kan produk keluaran tempatan dan sebagai segmentasi pasaran baharu kepada usahawan tani dalam memasarkan produk mereka,” katanya.

Agrobazaar adalah sebuah outlet peruncitan yang berperanan sebagai pusat pemasaran one stop centre dan promosi produk Industri Asas Tani (IAT) serta lain-lain hasil berasaskan pertanian. Projek ini merupakan satu entiti outlet runcit yang berfungsi untuk menyediaka­n luang pasaran yang kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk IAT.

 ??  ?? DAPATKAN DI SINI: (tiga kiri) Datuk Seri Ahmad menunjukka­n antara produk sejuk beku yang boleh didapati di FAMA Agrobazaar, Besut.
DAPATKAN DI SINI: (tiga kiri) Datuk Seri Ahmad menunjukka­n antara produk sejuk beku yang boleh didapati di FAMA Agrobazaar, Besut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia