Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi blockchain pastikan sumber halal bekalan makanan diyakini

-

CYBERJAYA: Pengguna boleh menjejak maklumat rantaian bekalan makanan halal melalui teknologi Halal Blockchain Network (HBN) yang dibangunka­n oleh kumpulan perniagaan Malakat Ekosistem.

Pengasas HBN yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Mohd Fadzil Hashim berkata, melalui teknologi HBN, pengguna boleh menjejaki data rantaian bekalan makanan dengan hanya mengimbas kod QR yang dilekatkan pada bungkusan makanan.

Buat masa ini katanya, kemudahan kod QR HBN boleh diimbas pengguna pada pekpek makanan asas di premis peruncitan Malakat Grocer untuk menjejak maklumat mengenai sumber makanan tersebut termasuk pengiktira­fan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“HBN ini bukan untuk menggantik­an standard halal JAKIM, tetapi memberi nilai tambah dalam memastikan makanan yang dijual diyakini halal,” katanya kepada media selepas pelancaran HBN oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Che Abdullah Mat Nawi di sini, semalam.

Dengan teknologi blockchain, beliau berkata data mengenai bekalan makanan daripada peringkat pengeluar sehingga penjual, disimpan dalam bentuk blok yang berangkai dan diedar ke jutaan komputer di seluruh dunia melalui rangkaian Internet untuk tujuan penyimpana­n dan pengesahan.

“Penggunaan teknologi terkini blockchain akan memastikan rantaian bekalan makanan halal terpelihar­a dan tidak bercampur aduk dengan makanan yang tidak halal dan pengguna tidak tertipu dengan logo halal JAKIM yang palsu,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, bagi memastikan kesahihan data dan maklumat yang disimpan dalam HBN, kakitangan daripada Malakat Ekosistem sendiri yang akan memasukkan segala data yang berkenaan dan bukan pihak pengimport.

“Jika pengimport itu dari Pakistan, staf kami akan ke sana untuk mengumpul semua data yang diperlukan. Ini akan memberikan jaminan kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Che Abdullah berkata usaha Malakat Ekosistem membangunk­an HBN itu disokong Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan selepas banyak isu dilaporkan mengenai manipulasi status halal produk daging.

“Ini (HBN) akan membantu memastikan bekalan makanan akan lebih terjamin dan diyakini... pengeluara­n dapat dijejaki sehingga ke pusat penyembeli­han dan ia sekali gus dapat menghilang­kan kera- guan rakyat terutamany­a terhadap daging import,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Che Abdullah mengimbas kod QR Halal Blockchain Network (HBN) yang memaparkan jejak produk makanan semasa majlis pelancaran HBN itu di Malakat Mall, Cyberjaya semalam. Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (dua kanan), Mohd Fadzil (kiri) dan Pengarah Halal Blockchain Network Effendy Zulkifly (dua kiri).
— Gambar Bernama PELANCARAN: Che Abdullah mengimbas kod QR Halal Blockchain Network (HBN) yang memaparkan jejak produk makanan semasa majlis pelancaran HBN itu di Malakat Mall, Cyberjaya semalam. Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (dua kanan), Mohd Fadzil (kiri) dan Pengarah Halal Blockchain Network Effendy Zulkifly (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia