Utusan Borneo (Sarawak)

Minat pada reptilia, penghantar makanan jadikan rumah ‘zoo ular’

-

KOTA BHARU: Mungkin ramai yang berasa gerun apabila melihat ular, namun bagi penghantar makanan, Mohamad Saifullah Omar, perasaan tersebut tidak timbul malah rasa sayang kepada reptilia tersebut diterjemah dengan memelihara lapan ekor ular menjadikan kediamanny­a seolah-olah ‘zoo ular’.

Selain ular tedung, Mohamad Saifullah, 31, turut memelihara ular sawa yang diimport dari Myanmar seperti Ivory Burmese, Burmese python dan Albino Burmese Python.

“Secara purata saya sudah belanjakan RM10,000 membeli ular sawa yang diimport dari Myanmar itu. Setiap bulan saya perlu membelanja­kan RM400 sebulan untuk menyediaka­n makanan kepada reptilia tersebut terutamany­a ular sawa yang diberi makan tikus putih, arnab atau puyuh.

“Ular mempunyai metabolism­e rendah dan makanan lambat hadam, jadi reptilia ini boleh bertahan seminggu hingga ke sebulan tanpa makanan, cuma jangan putus bekalan air,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baung Perdana, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Bercerita lanjut, Mohamad Saifullah yang juga dikenali sebagai ‘Sang Pemujuk Ular’ berkata pada awal perkahwina­n, isterinya Siti Fatimah Mohd Kamil, 33, tidak selesa dengan keadaan tersebut, namun kini dia (Siti Fatimah) sudah boleh menerima, malah berani memegang dan memandikan ular sawa peliharaan­nya.

“Isteri menganggap rumah ini seperti zoo kerana mempunyai haiwan eksotik selain ular iaitu iguana, katak Amazon dan tarantula. Isteri dan adik-beradik saya juga menyayangi reptilia ini, malah sudah berani memandikan ‘Mico’ dan ‘Coki’, dua ular sawa peliharaan seminggu sekali,” katanya.

Memiliki permit serta lesen memelihara ular daripada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Mohamad Saifullah berkata biarpun berpengala­man sebagai penjinak ular sejak sembilan tahun lepas dan memahami ‘bahasa ular’, namun setiap kali mengendali­kan ular tedung, dia tetap menggunaka­n peralatan keselamata­n bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Penglibata­n dengan ular bermula pada 2013 semasa menjalanka­n kerja sukarela menangkap ular secara percuma, dan daripada situ penduduk sekitar meminta menangkap ular sawa liar seberat 700 gram yang mengganggu penduduk.

“Setelah ular itu ditangkap, saya pelihara, beri makan dan jinakkan dalam tempoh seminggu, kemudian lepaskan semula ke habitat asalnya kerana ular datang ke tempat manusia sebab lapar,” katanya sambil menambah mendapat bimbingan dan ilmu menangkap ular daripada abang angkat dikenali sebagai Bro Dean.

Mohamad Saifullah berkata, dia pernah memelihara 23 ular, namun kini hanya tinggal lapan kerana sudah dibeli orang, selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataska­n pergerakan­nya ke Myanmar untuk membeli serta menambah bilangan reptilia tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SANG PEMUJUK: Mohamad Saifullah (kanan) yang juga dikenali sebagai ‘Sang Pemujuk Ular’ bermain dengan ular Sawa jenis Normal Burmese manakala rakannya Kamal Huzaimee Azmi, 37, memegang ular Sawa jenis Ivory Burmese ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Baung Perdana, Pengkalan Chepa di Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama SANG PEMUJUK: Mohamad Saifullah (kanan) yang juga dikenali sebagai ‘Sang Pemujuk Ular’ bermain dengan ular Sawa jenis Normal Burmese manakala rakannya Kamal Huzaimee Azmi, 37, memegang ular Sawa jenis Ivory Burmese ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Baung Perdana, Pengkalan Chepa di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia