Utusan Borneo (Sarawak)

MPOB berada di kedudukan 20 teratas pemohon paten terbaik Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melonjak empat anak tangga untuk berada di dalam kedudukan 20 teratas sebagai pemohon paten terbaik Malaysia yang disenaraik­an oleh Intellectu­al Property Corporatio­n of Malaysia (MyIPO) untuk tahun 2020.

MPOB menduduki tempat ke-17 dalam senarai dengan sembilan paten pada 2020, berbanding tujuh paten pada tahun 2019.

Ketua Pengarah MPOB Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, sembilan paten yang difailkan tahun 2020 berpotensi besar untuk dikomersia­lkan.

“MPOB hanya memfailkan teknologi dan inovasi yang mempunyai potensi tinggi untuk dikomersia­lkan,” katanya.

Sembilan paten MPOB yang difailkan pada tahun 2020 termasuk kenderaan pelbagai guna untuk kecekapan operasi di ladang, sistem pemisahan minyak dan formulasi untuk pertahanan dari jangkitan patogen serta kaedah penghasila­nnya.

Teknologi lain adalah berkaitan pengekstra­kan peptida bioaktif daripada mesokarpa buah sawit, kaedah mengesan bahan asing dalam minyak sawit mentah, komposisi dan formulasi menghasilk­an strandboar­d, perencatan cholineste­rases oleh ekstrak buah sawit yang larut dalam air, komposisi dan kaedah perencat kakisan, serta peralatan pertanian seperti syaf dan pepaku.

Kenderaan pelbagai guna, berkuasa bateri untuk menghidupk­an alat pertanian, enjin penjana untuk mengecas bateri, dan sistem hibrid untuk menggabung­kan satu atau lebih sumber tenaga yang boleh diperbahar­ui untuk mengecas bateri. Komponen lain termasuk transmisi pemboleh ubah berterusan, penegang tali pinggang boleh laras untuk menyesuaik­an kelajuan atau tork kenderaan, transganda­r untuk menghantar kuasa, satu atau lebih roda alat pertanian.

Sistem pemisahan air dan minyak yang dibangunka­n MPOB sesuai untuk memisahkan emulsi minyak dan air menjadi komponen minyak berkepadat­an rendah dan komponen berair berkepadat­an yang lebih tinggi.

Formulasi MPOB untuk pertahanan daripada jangkitan patogen adalah bahan untuk meningkatk­an pertumbuha­n tanaman, yang terdiri daripada substrat yang dibuat berdasarka­n sisa minyak sawit atau produk sampingan pengilanga­n sawit dan kulat dari genus Trichoderm­a.

Menurut Dr. Ahmad Parveez, penarafan daripada MyIPO adalah bukti komitmen MPOB terhadap pembanguna­n teknologi dan inovasi yang berterusan, sebagai agensi penyelidik­an dan pembanguna­n negara untuk industri minyak sawit Malaysia.

“Harta intelek memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembanguna­n dan kesejahter­aan Malaysia, terutama dalam industri sawit. MPOB sentiasa berusaha untuk mengembang­kan teknologi inovatif dalam sektor makanan dan bukan makanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia