Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kesan dua kes pertama COVID-19 Varian Nigeria B1.525

Kedua-dua individu berkenaan tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT PCR

-

Analisis lebih lanjut menunjukka­n terdapatny­a semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian

” tersebut.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesan dua kes pertama COVID-19 yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2 yang juga dikenali sebagai B1.525 di Malaysia, membabitka­n dua warganegar­a asing.

Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua individu berkenaan tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT PCR.

“Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) seterusnya melakukan penjujukan genom penuh setelah mengambil kira sejarah perjalanan mereka.

“Analisis lebih lanjut menunjukka­n terdapatny­a semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut,” katanya dalam catatan

Ketua Pengarah Kesihatan

Facebookny­a semalam.

Menurut Dr Noor Hisham, varian Nigeria, B1.525, pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) dan Nigeria pada Disember 2020.

Katanya, ini termasuk mutasi ‘spike protein’ E484K, Q677H, F888L dan rangkaian ‘protein deletions’ serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.

Menurut Dr Noor Hisham, mutasi ‘spike protein’ E484K juga mendapat perhatian kerana ia dilaporkan dapat menghindar­i sistem imun.

“Sejak varian itu dikesan, sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di GISAID (satu inisiatif sains global dan sumber utama untuk data genom irus influenza), dengan laporan tertinggi dari Denmark (n = 121) , diikuti oleh UK (n = 73) dan Nigeria (n = 56).

“Varian Nigeria juga boleh menyebabka­n peningkata­n dalam kebolehjan­gkitan serta kemungkina­n penurunan tindak balas imun,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia melalui IMR dan Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembang­an mutasi Nigeria B1.525 ini dan akan memaklumka­n orang awam dari semasa ke semasa.

“Walaupun program vaksinasi COVID-19 sedang dilaksanak­an, pendekatan kesihatan awam masih perlu terus diamalkan kerana imuniti kelompak masih belum tercapai.

“Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalka­n kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamany­a di tempat awam dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia