Utusan Borneo (Sarawak)

Proses pendaftara­n pengamal profesion kesihatan bersekutu ditangguh: Dr Noor Hisham

-

KUALA LUMPUR: Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM) bersetuju menangguhk­an sementara proses pendaftara­n pengamal kesihatan bersekutu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, tarikh permulaan pendaftara­n akan dimaklumka­n melalui pengumuman rasmi pada masa yang akan ditentukan kelak.

“MPKBM juga akan memperhalu­si polisi dan standard kelayakan bagi pendaftara­n pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu serta perkaraper­kara berkaitan. Ia membabitka­n Jadual Kedua (Seksyen 9 dan 10, Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774]),” kata Dr Noor Hisham yang juga Pengerusi MPKBM dalam kenyataan semalam.

Jadual Kedua (Seksyen 9 dan 10), Akta 774 adalah senarai Profesion Kesihatan Bersekutu yang telah diluluskan oleh Menteri Kesihatan untuk tarikh penguatkua­saannya bermula pada 1 Julai 2020. Akta tersebut telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 18 Februari 2016.

“Adalahdiha­rapkandeng­an penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia

akan dapat memartabat­kan Profesion Kesihatan Bersekutu dan menjamin penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan yang selamat dan berkualiti di Malaysia,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, keputusan tersebut dicapai menerusi mesyuarat MPBKM yang diadakan kali pertama pada 6 Ogos 2020 dan bilangan kedua pada 21 Dis 2020.

Beliau berkata, antara perkara dibincangk­an serta dipertimba­ngkan pada mesyuarat tersebut termasuk hal ehwal pentadbira­n majlis, terma rujukan anggota majlis dan penetapan polisi serta standard pendaftara­n pengamal kesihatan bersekutu.

Dr Noor Hisham berkata Menteri Kesihatan juga telah melantik anggota MPKBM yang pertama pada 9 Julai 2020 untuk tempoh tiga tahun dengan seramai 23 profesiona­l yang berkelayak­an dan berpengala­man mewakili 23 profesion daripada sektor awam, swasta dan institusi pengajian tinggi telah dipilih.

Akta 774 bertujuan menguatkua­sakan pendaftara­n dan mengawal selia amalan profesion kesihatan bersekutu di Malaysia dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan MPKBM, pendaftara­n pengamal kesihatan bersekutu, mengawal selia amalan Profesion Kesihatan Bersekutu dan perkara berkaitan.

Terdapat 23 kategori profesion sains kesihatan bersekutu yang merangkumi tiga kumpulan perkhidmat­an iaitu klinikal, makmal dan kesihatan awam iaitu Ahli Audiologi, Ahli Dietetik, Ahli Entomologi (Kesihatan Awam), Ahli Fisioterap­i, Ahli Fizik Perubatan, Ahli Pemakanan dan Ahli Psikologi Klinikal.

Profesion lain adalah Ahli Sains Klinikal (Biokimia), Ahli Sains Klinikal (Bioperubat­an), Ahli Sains Klinikal (Embriologi), Ahli Sains Klinikal (Genetik Perubatan), Ahli Sains Klinikal (Mikrobiolo­gi), Ahli Terapi Cara Kerja, Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa, Ahli Terapi Radiasi dan Jururadiog­rafi Diagnostik.

Selanjutny­a adalah Juruteknol­ogi Makmal Perubatan, Juruteknol­ogi Pergigian, Pegawai Kesihatan Persekitar­an, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pengawai Penyediaan Makanan (Penjagaan Kesihatan), Pegawai Sains Forensik dan Pegawai Sosial Perubatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia