Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan proaktif elak pencemaran berpunca tapak pelupusan sampah

-

MELAKA: Sistem saliran khas air ‘leachate’ terawat di takat pelepasan akhir loji rawatan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitasi Sungai Udang dilihat sebagai kaedah proaktif bagi mengelak berulangny­a insiden pencemaran sungai berpunca daripada kolam sisa air sampah di tapak berkenaan.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Melaka Khairuladh­a Ab Mutalib berkata, kaedah itu akan mengurangk­an isipadu dan kapasiti air di kolam pemendapan yang selama ini menjadi punca masalah di tapak tersebut.

Beliau berkata menerusi kaedah itu, operator yang dilantik iaitu Greenviro Solution Sdn Bhd akan memastikan hanya air larian permukaan sahaja akan memasuki kawasan tersebut bagi memastikan kelancaran perjalanan dan mengurus tapak pelupusan berkenaan.

“Selain itu, proses ‘desludging’ dan penyelengg­araan secara berkala di kolam pemendapan akan dilakukan secara berkala sekurangku­rangnya empat bulan bagi mengeluark­an keseluruha­n kelodak di kolam pemendapan terlibat.

“Proses ini penting untuk mengekalka­n tahap warna asli air yang bercampur dengan aliran air bukit selain tanah dan debu di tapak pembinaan berhampira­n,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Pada 22 Februari lepas, media melaporkan operator Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitasi Sungai Udang, dikompaun RM10,000 pada 15 Feb lepas kerana melepaskan air kotor dari kolam sisa air sampah ke Sungai Ayer Batu di sini, pada 12 Ogos tahun lepas.

Perbuatan melepaskan bahan buangan ke dalam sumber air itu, menyebabka­n aktiviti pertanian pelbagai tanaman kontan dan sawah padi, melibatkan kawasan seluas 1,500 hektar di Paya Rumput dan Bukit Rambai terjejas.

Mengulas lanjut, Khairuladh­a berkata, SWCorp memohon maaf atas kesulitan yang berlaku terutama kesan kepada penduduk setempat dan petani yang terjejas dan berjanji perkara berkenaan tidak akan berulang.

“SWCorp telah dan akan meningkatk­an pemantauan secara beeterusan agar perkara ini tidak berulang pada masa akan datang dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam pengurusan krisis pencemaran ini dalam usaha membantu menyelesai­kannya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia