Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar pematuhan SOP di sektor peruncitan amat tinggi: Nanta

Pematuhan SOP sektor peruncitan adalah pada kadar 97.9 peratus

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan mendapati kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di sektor peruncitan setakat ini adalah amat tinggi.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n terhadap 402,929 premis hingga 1 Mac lepas, pematuhan SOP sektor peruncitan di seluruh negara adalah pada kadar 97.9 peratus.

“Daripada pemeriksaa­n itu, KPDNHEP (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) telah mengeluark­an sebanyak 151 kompaun,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu COVID-19 Sektor Peruncitan di Pasar Kedai Payang di sini semalam.

Nanta berkata, kementeria­n telah memilih pasarpasar utama di seluruh negara sebagai sasaran Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu COVID-19 Sektor Peruncitan iaitu Pasar Kedai Payang di sini; Pasar Satok di Kuching, Sarawak; Pasar Kraftangan di Kota Kinabalu, Sabah; Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan; Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah; dan Pasar Chowrasta di George Town, Pulau Pinang.

Pasar-pasar yang menjadi tumpuan pelancong domestik ini akan dipersiapk­an bagi memastikan ia dapat menerima kunjungan pengunjung dari dalam dan luar negeri dengan pematuhan SOP tinggi, apabila sektor pelanconga­n domestik dibuka kelak.

Dalam perkembang­an lain, Nanta juga meminta pengguna supaya melaporkan kepada KPDNHEP atau pihak berkuasa jika ada mana-mana

“Daripada pemeriksaa­n itu, KPDNHEP (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) telah mengeluark­an sebanyak 151 kompaun. ”

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

pihak mendakwa mereka menjual vaksin COVID-19.

“Setakat ini belum ada aduan, tetapi kita akan sentiasa memantau agar ia tidak berlaku,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Nanta menyerahka­n petanda penjarakan fizikal 1 meter kepada peniaga kedai kain untuk dilekatkan di hadapan kedai pada majlis perasmian Kempen Norma Baharu COVID-19 Sektor Peruncitan di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Nanta menyerahka­n petanda penjarakan fizikal 1 meter kepada peniaga kedai kain untuk dilekatkan di hadapan kedai pada majlis perasmian Kempen Norma Baharu COVID-19 Sektor Peruncitan di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia