Utusan Borneo (Sarawak)

1,358 bomba terima suntikan vaksin COVID-19

-

PUTRAJAYA: Seramai 1,358 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat secara langsung dengan operasi COVID-19 telah menerima suntikan vaksin sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24 Februari lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, mereka adalah antara 7,483 anggota bomba di seluruh negara yang melaksanak­an tugas-tugas barisan hadapan dan disenaraik­an untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama program vaksinasi terbesar negara itu.

“Pemilihan pegawai yang menerima vaksin ini turut melibatkan mereka berisiko tinggi, mendapat dan menyebarka­n jangkitan COVID-19 ketika melaksanak­an tugas-tugas kebombaan,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 di sini, semalam.

Turut menerima suntikan vaksin jenis Pfizer BioNTech di klinik itu semalam adalah Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dan empat lagi anggota bomba.

Pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ dalam tiga fasa bermula 24 Februari lepas untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022.

Beliau berkata, pegawai bomba yang lain akan menerima vaksin dalam fasa yang seterusnya menerusi pendaftara­n di aplikasi MySejahter­a.

Zuraida yang akan menerima suntikan dos kedua pada 26 Mac ini berkata, beliau tidak berasa apa-apa kesan sampingan selepas menerima suntikan dos pertama pada semalam.

Dalam pada itu, Zuraida berkata anggota bomba masih lagi melaksanak­an proses sanitasi di tempat awam bagi mengekang penularan COVID-19 dan sebanyak 17,963 proses sanitasi telah dilakukan sejak Mac tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELAH DIVAKSIN: Zuraida bersama Mohammad Hamdan (kiri) dan pegawai bomba selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 semalam.
— Gambar Bernama TELAH DIVAKSIN: Zuraida bersama Mohammad Hamdan (kiri) dan pegawai bomba selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia