Utusan Borneo (Sarawak)

MINDEF cadang tambah kuota kemasukan pelajar MTD ke UPNM: Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertahanan bercadang untuk meningkatk­an kuota sehingga 40 peratus kemasukan pelajar-pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanap­un keputusan jumlah kuota itu bergantung kepada hasil perbincang­an dengan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) kerana universiti berkenaan berada di bawah KPT.

“Jadi kita menyuaraka­n pandangan kepada KPT untuk membuka lebih banyak ruang kepada pelajar-pelajar RMC (MTD) untuk memasuki UPNM.

“Sekarang 10 peratus, mungkin boleh dinaikkan sehingga 30 atau 40 peratus (bagi) kemasukan (pelajar),” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja sulungnya ke UPNM di Kem Perdana Sungai Besi, di sini semalam.

Beliau berkata, UPNM merupakanu­niversitig­abungan antara latihan ketenteraa­n dan akademik serta pelajar-pelajar MTD adalah sangat sesuai melanjutka­n pengajian ke UPNM.

“Mereka merupakan pelajar terpilih. RMC dianggap sebagai ‘boarding school’ (sekolah berasrama) yang diberikan latihan ketenteraa­n. (Jadi ia sesuai),” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata siswazah UPNM antara lepasan universiti yang menjadi pilihan para majikan kerana mereka dikatakan mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Justeru itu, Ismail Sabri berkata, kebolehpas­aran siswazah UPNM ini lebih 90 peratus akan memperoleh pekerjaan.

“Ini disebabkan majikan melihat siswazah UPNM ada kaitan dengan ketenteraa­n iaitu disiplin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia