Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp pasrah Chelsea tewaskan Liverpool 1-0 di Anfield

The Reds catat kekalahan kelima berturut-turut apabila Mason lonjak The Blues ke empat teratas Liga Perdana Inggeris

-

“Ia sangat mengecewak­an. Jika kami kerap kalah seperti ini, kami tidak layak untuk ke Liga Juara-Juara. ”

Jurgen Klopp

Jurulatih Liverpool

LIVERPOOL: Liverpool mencatat kekalahan kelima berturut-turut buat kali pertama apabila Mason Mount melonjakka­n Chelsea ke tempat empat teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 di Anfield.

Selepas 68 kemenangan di tempat sendiri di Anfield selama empat tahun, pencapaian hebat pasukan itu merosot ke tempat ke tujuh, empat mata ketinggala­n di belakang Chelsea dalam saingan untuk merebut slot Piala JuaraJuara musim depan.

“Ia sangat mengecewak­an. Jika kami kerap kalah seperti ini, kami tidak layak untuk ke Liga Juara-Juara,” kata jurulatih Liverpool Jurgen Klopp. Beliau menggantik­an Mohamed Salah dalam usaha mencari mata penyamaan dan menimbulka­n tanda tanya tentang prestasi pemain Mesir itu pada masa hadapan.

Sementara itu, Chelsea melangkah dengan megah setelah tiada kekalahan dalam 10 perlawanan sejak Thomas Tuchel menggantik­an tempat Frank Lampard Januari lalu.

“Permainan ini sangat kompleks kerana apabila kamu mepihak lawan akan kalah,” kata Tuchel. “Masih berbaki 11 perlawanan dan perlumbaan ini masih berlansung.”

Tuchel bertanggun­gjawab ke atas Chelsea yang kini lima mata lagi untuk berada di empat teratas, namun mereka lebih bimbang untuk membuktika­n kebolehan ke Liga JuaraJuara setelah membelanja­kan

220 juta untuk menggantik­an pemain baharu pada musim panas lepas.

Timo Werner antara pemain pertukaran namun gagal membuktika­n kebolehann­ya setaraf dengan nilainya. Bermula sebagai penyerang tengah buat kali pertama dalam bimbingan Tuchel, strategi pemain Jerman itu menampilka­n bahawa beliau penyerang terhebat Bundesliga untuk RB Leipzig.

Warner telah lama dikaitkan dengan Liverpool sebelum hadir di Stamford Bridge dan beliau sangat bernasib malang kerana gagal untuk menyempurn­akan gol keduanya sejak 18 permainan Liga Premier.

Beliau menendang bola namun ditepis tangkas penjaga gol Alisson Becker dan memuntahka­n bola keluar garisan.

Video bantuan pengadil (VAR) juga membatalka­n gol itu oleh kerana ofsaid.

Fabinho dan Ozan Kabak digandingk­an sebagai pasangan pertahanan ke-19 Liverpool setelah beberapa siri kecederaan musim ini.

Dalam pada itu, Chelsea menampakka­n kelemahan berpasukan di barisan belakang dan satu jaringan tungal tiga minit sebelum separuh masa hasil Mount yang berjaya melepasi pasukan lawan berjaya mencari peluang di sudut sisi.

Andy Robertson berjaya memesong cubaan Hakim Ziyech ketika skuad pelawat itu merancakka­n permainan di separuh masa kedua.

Kapten pasukan itu menghamun ahli pasukannya kerana lalai setelah ketinggala­n.

“Terlalu banyak kecuaian apabila kami tewas 1-0, ini tidak boleh diteruskan. Bola sepak ialah tentang menerima cabaran,” kata Robertson.

“Kita tidak boleh bergantung dengan masa lalu. Musim lepas telah berakhir. Kita langsung tidak menghampir­i kualiti yang sepatutnya dimiliki pasukan Liverpool. Kita semakin menjunam dan ini tidak bagus.”

Terdesak untuk mendapatka­n gol, Klopp mengambil keputusan getir untuk menukar bintang penjaring gol Liga Premier, Salah apabila Diogo Jota kembali beraksi selepas tiga bulan berehat akibat kecederaan.

Pemain kelahiran Mesir itu menggeleng kepala dengan kekecewaan setelah kesemua petanda menunjukka­n Liverpool berprestas­i lemah.

Agen Salah memberi kenyataan di Twitter bahawa pemain 28 tahun itu mungkin tidak akan lama bertahan di Anfield lagi.

“Saya telah membawa tenaga pemain baharu dalam padang. Mo kelihatan sedikit tertekan, dan dia telah banyak bermain. Saya boleh menggantik­an Sadio Mane atau Bobby Firmino, namun nampaknya sekarang giliran Mo,” kata Klopp.

Kecederaan merupakan faktor besar kemerosota­n Liverpool, namun tekanan ditumpukan terhadap Klopp untuk mencari penyelesai­an setelah sekian lama bertahan hanya dengan tiga kemenangan dari 13 perlawanan liga dan semakin merudum pada carta semenjak menjuarai tangga pada Krismas lalu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BOLOS: Penjaga gol Liverpool Alisson Becker gagal menepis bola yang dijaringka­n oleh Mason Mount pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Chelsea di Anfield di Liverpool, England, kelmarin.
— Gambar AFP BOLOS: Penjaga gol Liverpool Alisson Becker gagal menepis bola yang dijaringka­n oleh Mason Mount pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Chelsea di Anfield di Liverpool, England, kelmarin.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia