Utusan Borneo (Sarawak)

Sanchez tonggak utama Inter tewaskan Parma 2-1, enam mata mendahului di takhta Serie A

-

MILAN: Alexis Sanchez meraih gol untuk dua kali pada separuh masa kedua, buat kali pertama sejak memasuki Inter Milan sekaligus meletakkan skuadnya enam mata mendahului di takhta Serie A setelah kemenangan 2-1 ke atas Parma pada Khamis.

Romelu Lukaku membantu dalam kedua-dua gol yang disempurna­kan bekas rakan sepasukann­ya di Manchester United serta memberi pasukan bimbingan Antonio Conte enam kemenangan liga berturut-turut.

Inter tetap di singgahsan­a mendahului Milan di tangga kedua setelah perlawanan seri 1-1 menentang Udinese pada hari Rabu manakala Juventus empat mata ketinggala­n dan berbaki satu perlawanan lagi.

“Perubahan daripada tahun lepas amat ketara, namun masih terdapat 13 perlawanan dalam Serie A dan kesemuanya merupakan cabaran,” kata Conte.

Pemain Chille, Sanchez menggantik­an Lautaro Martinez untuk mengetuai bahagian serangan Inter bersama Lukaku.

“Saya ialah jurulatih yang demokratik, saya tidak memberikan apa-apa kepada sesiapa pun,” tambah Conte yang telah membimbing Inter ke tangga kedua Serie A tahun lalu.

“Pasukan didahuluka­n dan individu datang kemudian.

“Sanchez berada dalam prestasi yang terbaik sekarang,”

“Kini Romelu dan Lautaro tahu bahawa Sanchez berada di belakang mereka.

“Saya berbesar hati kerana anak buah saya menunjukka­n permainan hebat dan ketekunan.”

Kedua-dua pasukan ada peluang dalam separuh masa pertama di Stadio Ennio Tardini.

Achraf Hakimi melorong bola namun Christian Eriksen terlepas peluang untuk menjaringk­an gol untuk Inter selepas setengah jam.

Penjaga gol Parma Luigi Sepe menepis tandukan Lukaku yang diumpan oleh Ivan Perisic sebelum masa rehat.

Di bahagian pihak Inter pula Samir Handanovic berjaya menghalang tandukan dekat Jasmin Kurtic manakala tandukan Dennis Man juga tersasar.

Sembilan minit selepas rehat Sanchez menjaringk­an gol buat kali kedua berturuttu­rut.

Lukaku menyambut bola Marcelo Brozovic dan melorongny­a ke belakang lalu disambut pantas Sanchez dan ditendang melepasi Sepe.

Lapan minit kemudian, Sanchez sekali lagi meraih mata dengan bantuan Lukaku buat kali pertamanya sejak meninggalk­an Manchester United dan menyertai Inter musim lepas.

Ia merupakan gol ketiganya dalam dua permainan berturut-turut dan membawa jumlah lima gol mmusim ini, melebihi satu mata dari musim pertamanya.

Hernani kelahiran Brazil menyumbang satu gol untuk Parma pada minit ke-71, dengan bantuan Giuseppe Pezzella dan melepasi jagaan Handanovic.

Inter berjaya mengekalka­n tiga mata perlawanan dan melayakkan mereka untuk ke persaingan seterusnya pada Isnin menentang Atalanta yang kini berada di tangga keempat.

“Saya seperti singa yang sentiasa ingin beraksi, namun saya memberitah­u pengalaman saya kepada jurulatih,” nyata Sanchez dengan lima gol musim setakat ini.

“Kami harus bertarung demi mendapatka­n Scudetto,” tambah beliau. Inter berhasrat untuk bergelar juara sejak 2010 dan berkeduduk­an kedua pada musim lepas.

“Pemain kami sudah banyak berubah, sejak kekalahan kami di peringkat akhir Liga Europa kami telah menjadi lebih baik.

“Kami sedang membaiki segala kekurangan Inter.”

Parma ialah pasukan kedua tercorot setelah kekalahan 16 pusingan liga berturut-turut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PEMBUKA TIRAI: Alexis Sanchez (kanan) menjaringk­an gol pembukaan membolosi penjaga gol Parma Luigi Sepe pada perlawanan Serie A Itali di antara Parma menentang Inter Milan di stadium Ennio-Tardini di Parma, kelmarin.
— Gambar AFP PEMBUKA TIRAI: Alexis Sanchez (kanan) menjaringk­an gol pembukaan membolosi penjaga gol Parma Luigi Sepe pada perlawanan Serie A Itali di antara Parma menentang Inter Milan di stadium Ennio-Tardini di Parma, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia