Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola kecewa City gagal beraksi cemerlang di laman sendiri

-

LONDON: Pep Guardiola menyatakan kekecewaan­nya ke atas keputusan seri Manchester City 1-1 dengan West Bromwich Albion dan telah kembali ke prinsip asas ‘ABC’ yang kemudianny­a mencetus kemenangan berantai kelab itu.

Pendahulu Liga Premier City kini selesa di singgahsan­a dengan 14 mata mendahului Manchester United di tempat kedua sebelum perlawanan pada hujung minggu ini, setelah menumpaska­n Wolves dengan 4-1 Selasa lalu. Ini merupakan kemenangan kali ke-21 buat mereka.

City mengekalka­n gelaran juara sejak kekalahan 0-2 menentang Tottenham Hotspur pada November.

Namun jurulatih Guardiola menekankan cara anak buahnya bermain dalam perlawanan seri 1-1 di tempat sendiri menentang West Brom yang terdesak mengelak penyingkir­an pada Disember, itu menyebabka­n kumpulanny­a kembali ke dasar.

“Pada masa kini kami sedar kami belum cemerlang, kesemuanya sukar dan itu bukan sifat semula jadi kami,” Guardiola memberitah­u televisyen BT Sport ‘Rio Meets,’ penyiaran yang dhoskan oleh bekas pemain pertahanan Manchester United dan England, Rio Ferdinand.

“Kami sedang memperbaik­i segalanya, untuk meletakkan lebih banyak pemain ke hadapan terutamany­a selepas hari perlawanan dengan West Brom apabila kami seri 1-1 di tempat sendiri.”

Bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich menambah: “Kita boleh menang, namun setelah merujuk kepada rakan dan pekerja: saya tidak suka cara permainan pasukan ini. Keputusan itu bukan isunya, namun saya tidak kenal dengan kumpulan saya, cara yang sepatutnya dimainkan.

“Kami balik ke prinsip asal – A,B,C, itu sahaja. Pemain sayap tinggi dan lebar, banyak pemain di tengah, kembali tanpa mendapatka­n bola – berlari seperti haiwan – dan apabila bola lebih tenang, melorong lebih banyak dan fikir lebih tekun apa yang perlu dilakukan.

“Kualiti pemain, bersama keyakinan mereka apabila telah memenangi perlawanan demi perlawanan, jika saya renung semula perlawanan West Brom, saya membuat refleksi dan berfikir ‘Saya langsung tidak suka apa yang saya lihat.’ Kami kembali ke prinsip dasar, dan selebihnya ditentukan oleh kualiti pemain.

Guardiola, yang tiba di Etihad pada 2016, telah menandatan­gani kontrak pelanjutan dan beliau akan bersama City sekurang-kurangnya sehingga 2023.

Warga Sepanyol itu menambah: “Saya selalu mempunyai perasaan dan impian untuk datang ke England – dan membimbing dalam negara William Shakespear­e, negara Beatles, negara Oasis, teaternya dan filemnya.

City, mesti memenangi piala Eropah dalam bimbingan Guardiola, oleh kerana mereka dipayung di bawah kekayaan Sheikh Mansour Abu Dhabi.

Jurulatih itu mengakui ‘Tekanan ini akan dipikul sepanjang saya berada di England’ setelah sekian lama City gagal untuk menyerlah di Eropah. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia