Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n Rozliana terbalas, dipilih ‘Asia Rugby Unstoppabl­e Ambassador’

-

KUALA LUMPUR: Ini adalah satu detik membanggak­an buat Rozliana Mohd Ridwan apabila terpilih sebagai seorang daripada 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Asia Rugby Unstoppabl­e Ambassador.

Bekas kapten skuad ragbi tujuh sepasukan wanita di Sukan SEA 2019 itu dipilih dalam kalangan senarai awal 84 calon daripada 32 negara sempena kempen bulan sukan wanita dikenali sebagai Asia Rugby Unstoppabl­e Campaign.

Kempen berkenaan mengiktira­f kepentinga­n wanita dalam sukan ragbi dan bagaimana mereka telah menyumbang kepada perkembang­an sukan berkenaan di rantau ini.

“Sudah semestinya saya berbangga dan gembira… semua pengorbana­n dan kerja keras saya selama lebih empat tahun dalam sukan ini sangat berbaloi.

“Dengan pengiktira­fan ini, saya harap lebih ramai wanita Malaysia mendapat inspirasi untuk menjadi lebih berani.

“Memang tidak dinafikan ragbi adalah sukan yang agak lasak, tetapi dengan latihan serta teknik yang betul dan menekankan keselamata­n, baru kita tahu ragbi juga sama seperti sukan lain,” kata Rozliana yang kini bertugas sebagai penolong jurulatih bawah 23 tahun.

Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Asia Rugby dan Pembanguna­n Wanita World Rugby, Ada Milby turut mengucapka­n tahniah dan menyatakan kepercayaa­n serta keyakinann­ya terhadap Rozliana dalam memberi inspirasi kepada atlet wanita.

“Kami mendapat inspirasi daripada kisah Rozliana dan sememangny­a gembira kerana beliau antara yang terpilih untuk mewakili wanita dalam ragbi di Asia.

“Rozliana akan ditemu bual secara mendalam sempena kempen ini, untuk berkongsi ceritanya dengan orang ramai,” katanya kepada Bernama semalam.

Rozliana antara watak utama skuad ragbi tujuh sepasukan wanita negara yang menghadiah­kan pingat gangsa di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada 2018, Rozliana adalah kapten pasukan kebangsaan yang muncul juara Asia Rugby Women’s Sevens Trophy (ARWST) di Brunei, sekali gus meletakkan Malaysia di ranking kelapan Asia.

Rozliana sekali lagi membawa pasukan wanita negara naik ke tempat ketujuh dalam siri Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Wanita Asia dan mengekalka­n pingat gangsa di Sukan SEA ke-30 di Filipina. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia