Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan United FC jangan pandang mudah pasukan Sarawak United FC: Fakhrul Zaman

-

KOTA BHARU: Penyerang Kelantan United (KUFC), Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi menuntut rakan sepasukan supaya tidak memandang mudah pasukan Sarawak United FC pada perlawanan pembukaan Liga Premier 2021 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam ini.

Penyerang berusia 26 tahun itu mengakui perlawanan malam esok merupakan satu aksi yang sukar berikutan pasukan lawan mempunyai kekuatan sendiri selain bersaing untuk memperoleh­i tiga mata.

“Perlawanan pertama sememangny­a sukar kerana kesemua pasukan yang bertanding dilihat tidak mempunyai persiapan cukup ekoran masa yang sangat singkat susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Justeru, saya berharap rakan sepasukan dapat memberikan aksi yang terbaik seterusnya membawa pasukan meraih mata pada perlawanan pembukaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Fakhrul Zaman merupakan penyerang yang memainkan peranan penting membawa KUFC menjuarai Liga M3 pada musim 2019, sekali gus melayakkan pasukan tersebut beraksi pada saingan Liga Premier.

Mengulas lanjut, Fakhrul

Zaman berkata walaupun skuad KUFC dibarisi lebih 90 peratus pemain baharu, perlawanan pramusim telah membentuk persefaham­an pemain untuk lebih serasi serta dapat beraksi dengan baik.

“Kami perlu kurangkan kesilapan pada perlawanan pertama nanti bagi mengelakka­n kami dihukum oleh pasukan tuan rumah. Saya amat berharap rakan sepasukan dapat memperagak­an kemampuan maksimum mereka bagi mengejutka­n Sarawak United.

“Sarawak United FC dibarisi pemain ternama selain memiliki pemain import yang berpengala­man luas dalam saingan Liga Super, namun yang penting sekarang kami harus mengikuti segala arahan jurulatih dan memberi sepenuh perhatian sebaik sepak mula sehingga tamat perlawanan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia