Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan sukan PSS ditawarkan kepada UPM

-

KUCHING: Kemudahan sukan di bawah Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) kini dijadikan tempat bagi menjayakan program sarjana sains sukan yang ditawarkan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketua Pegawai Eksekutif PSS, Dr Ong Kong Swee berkata UPM menggunaka­n kemudahan sukan di bawah PSS bagi melaksanak­an program sarjana tersebut yang akan bermula bulan ini.

Menurutnya, ia sejajar perjanjian memorandum persefaham­an (MoU) antara PSS dan UPM yang akan ditandatan­gani Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim

Rahman Hamzah.

“MoU itu menawarkan program sarjana dan menggunaka­n kepakaran dalam bidang sains sukan dalam usaha mencapai visi kita untuk menjadi negeri kuasa sukan.

“Kerjasama ini termasuk menggunaka­n kemudahan sukan di bawah PSS bagi program sarjana dan menjalanka­n kecemerlan­gan inovasi dan penyelidik­an,” jelasnya.

Selain pengiktira­fan dan kecemerlan­gan dalam infrastruk­tur serta kemudahan sukan dan kecemerlan­gan dalam prestasi yang akan membawa ke arah persekitar­an prestasi tinggi.

“Ini sekali gus membolehka­n PSS melahirkan dan membekalka­n atlet-atlet berbakat dalam bidang sukan menerusi pendekatan inovatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Ong, UPM diiktiraf dunia dalam kedudukan ke-132 oleh QS Global World Rankings 2021 dan kedudukan ketiga oleh Prestigiou­s Research University di Malaysia pada 2015.

Katanya, oleh itu dengan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Sehubungan itu, mereka berminat program ditawarkan boleh menghubung­i 0128576822,” katanya.

 ??  ?? ONG
ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia