Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu dibina dalam masa terdekat

-

BINTULU: Pertubuhan Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu (PPJUB) akan membina Pusat Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu di tapak tanah milik Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB), Tanah Perkuburan Islam Kemunting di sini dalam masa terdekat.

Pewujudan pusat itu diharap akan memudahkan pengurusan jenazah muslim dan muslimah tanpa mengira warganegar­a di Bintulu tanpa sebarang bayaran atau kos yang akan ditanggung sepenuhnya secara sedekah ataupun derma daripada orang ramai.

Pengerusi PPJUB Datuk Abdul Kadier Sahib merakamkan penghargaa­n kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip yang juga Pengerusi LAKIB serta Penaung PPJUB atas kebenaran untuk merancang dan membangunk­an pusat tersebut.

Sementara itu, Abdul Kadier bersama Temenggung Rosli Kamaruddin, Ustaz Mohamad Jol Ahmad yang mewakli Jabatan Agama

Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu serta beberapa ahli jawatankua­sa PPJUB mengadakan tinjauan ke tapak tanah bagi pembinaan pusat berkenaan petang kelmarin.

Orang ramai yang ingin bersedekah jariah dalam pembanguna­n pusat ini boleh menyalurka­n sumbangan kepada Pertubuhan Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu (PPJUB) di nombor akaun 1103000164­6-71-5 (Bank Muamalat Malaysia Berhad) dengan Lesen Kutipan Derma: PRB/PSL/03/2020 yang sah sehingga 27 Disember 2021.

Tujuan penubuhan pusat itu ialah membantu mengurus jenazah di Bintulu tanpa bayaran, bekerjasam­a dengan LAKIB, masjid, surau dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam meringanka­n beban ahli keluarga yang menghadapi musibah kematian, mengagihka­n kain kafan dan lain-lain kepada surau dan masjid yang memerlukan.

Pada masa sama, PPJUB berharap dapat bekerjasam­a dengan agensi dan NGO-NGO Islam di luar kawasan Bintulu.

Kemudahan yang akan dibangunka­n di pusat itu ialah ruang untuk menerima jenazah, memandi, kafan dan solat jenazah dan bilik untuk ahli keluarga menunggu.

Turut disediakan ialah semua bahan-bahan untuk mengurus jenazah dan kayu keranda dan pengebumia­n dan beberapa kemudahan lain.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Abdul Kadier menerusi talian 019-8841899, Alhadi Mat (013-5731599) dan Napsiah Kipli (019-835 1373).

 ??  ?? TINJAU: Abdul Kadier (tengah), Ustaz Mohamad Jol (kiri), Temenggung Rosli (kanan) bersama ahli jawatankua­sa PPJUB semasa meninjau tapak untuk pembinaan Pusat Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu, kelmarin.
TINJAU: Abdul Kadier (tengah), Ustaz Mohamad Jol (kiri), Temenggung Rosli (kanan) bersama ahli jawatankua­sa PPJUB semasa meninjau tapak untuk pembinaan Pusat Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia