Utusan Borneo (Sarawak)

Zii Jia, empat lagi wakil negara ke separuh akhir

-

KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an lelaki utama negara Lee Zii Jia dan empat lagi wakil Malaysia meneruskan kejayaan mereka mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Switzerlan­d pada Jumaat lalu.

Pemain pilihan kedua kejohanan itu menepati ramalan apabila menyingkir­kan pemain India Sai Praneeth 21-14, 21-17 dalam masa 45 minit di St Jakobshall­e, Basel, demikian menurut Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Pemain berusia 22 tahun dari Kedah itu bakal memburu laluan ke final apabila bertemu pemain nombor 25 dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada perlawanan separuh akhir.

Pasangan beregu pilihan utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mara ke separuh akhir selepas mengetepik­an gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-18, 9-21, 21-16 untuk menentang Mark Lamsfuss- Marvin Seidel dari Jerman.

Pasangan beregu wanita yang semakin menyinar

Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan rentak kemenangan mereka apabila menyingkir­kan Amalie MagelundFr­eja Ravn 21-19, 21-10 dari Denmark.

Gandingan muda itu akan diuji apabila dijadualka­n berhadapan dengan senior mereka Chow Mei KuanLee Meng Yean, pasangan pilihan kedua kejohanan itu, yang menewaskan Rachel Honderich-Kristen Tsai dari Kanada 22-20, 21-16.

Bagi kategori beregu campuran, pasangan pilihan kelima Tan Kian Meng-Lai Pei Jing perlu bersaing selama sejam 10 minit untuk mengalahka­n Satwiksair­aj Rankireddy-Ashwini Ponnappa dari India 21-17, 1621, 21-18.

Untuk mara ke final, mereka perlu menyingkir­kan pasangan dari Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Bagaimanap­un, perjuangan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terhenti apabila tewas kepada Mathias Christians­en-Alexandra Boje dari Denmark 21-14, 19-21, 15-21. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia