Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan berdarah di kem tentera Guinea

Kira-kira 20 maut, 600 cedera gara-gara kebakaran dibiarkan merebak ke depoh

-

MALABO: Sekurangku­rangnya 20 orang terkorban dan 600 tercedera selepas empat letupan yang tidak disengajak­an berlaku di sebuah kem tentera di Equatorial Guinea memusnahka­n kawasan kediaman berhampira­n.

Rakaman yang disiarkan rangkaian TVGE menunjukka­n beberapa bangunan terbakar dan musnah dalam kawasan luas di sekitar kem Nkoa Ntoma di ibu negeri ekonomi Bata, dengan kepulan asap hitam tebal memenuhi langit.

Kanak-kanak dan orang dewasa dilihat telah ditarik keluar dari runtuhan bangunan.

Keadaan huru-hara di hospital Bata, dengan mangsa tercedera terbaring di atas lantai menunggu rawatan.

Pihak kementeria­n kesihatan memberikan amaran dalam satu ciapan bahawa ramai mungkin masih tertimbus di bawah runtuhan.

Presiden Teodoro Obiang Nguema menyatakan kemalangan berlaku selepas para petani tempatan membiarkan pembakaran di kawasan itu merebak di luar kawalan lalu membakar bahan letupan yang disimpan dalam kem tentera itu.

“Bandar Bata telah menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada kecuaian unit yang bertanggun­gjawab menyimpan bahan letupan, dinamit dan peluru di kem tentera Nkoa Ntoma,” Obiang Nguema menyatakan dalam satu kenyataan.

“Benda-benda tersebut telah terbakar disebabkan oleh pembakaran tunggul jerami oleh peladang di ladang mereka yang menyebabka­n depoh ini meletup sepenuhnya.”

Pihak kementeria­n pertahanan meletakkan angka kematian sekurang-kurangnya 20 orang, dengan kira-kira 600 orang tercedera.

Bahan letupan berkaliber tinggi telah meletup akibat kebakaran menyebabka­n gelombang gegaran yang telah membakar banyak rumah hingga musnah, tambah pihak kementeria­n.

Obiang Nguema mengemukak­an rayuan bagi bantuan antarabang­sa.

Bencana muncul pada masa yang agak sukar bagi Equatorial Guinea disebabkan oleh krisis ekonomi yang berpunca daripada kejatuhan harga minyak petrol dan pandemik COVID-19, menurut beliau.

Bata merupakan bandar terbesar di negara Afrika tengah yang kaya dengan minyak dan gas itu, dengan kira-kira 800,000 daripada 1.4 juta pendudukny­a tinggal di sana, kebanyakan mereka dalam kemiskinan.

Sementara Bata terletak di tanah tinggi, ibu negeri Malabo adalah di Bioko, salah satu pulau di negara ini di luar pantai Afrika. Komunikasi telefon di antara dua bandar terputus secara maya selama beberapa jam selepas letupan.

Sepanyol, bekas kuasa penjajahny­a, menggesa rakyatnya melalui kedutaan Malabo agar duduk di rumah selepas letupan itu.

Kem Nkoa Ntoma, di mana letupan berlaku pada awal tengah hari, menempatka­n elemen lain bagi pasukan tentera khas dan anggota sukarelawa­n separa tentera.

Anak lelaki presiden, Teodoro Nguema Obiang Mangue, timbalan presiden dengan tanggungja­wab bagi pertahanan dan keselamata­n, muncul dalam rakaman televisyen di tempat kejadian memeriksa kerosakan dengan diiringi pengawal peribadiny­a.

Teodorin dilihat sebagai kemungkina­n menjadi bakal pengganti presiden.

Equatorial Guinea telah diperintah Obiang Nguema, 78, selama 42 tahun, menjadikan beliau presiden pemerintah paling lama berkhidmat di dunia.

Pegawai pembangkan­g dan organisasi antarabang­sa sering kali menuduh Nguema melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Pemimpin kuku besi telah melihat beberapa cubaan membunuh atau rampasan kuasa untuk menjadi pemimpin paling lama berkhidmat di Afrika.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MENGEJUTKA­N: Gambar rakaman video yang diperolehi AFPTV daripada TVGE kelmarin menunjukka­n seorang lelaki yang cedera dipapah anggota tentera susulan empat letupan yang tidak disengajak­an di sebuah kem tentera di Bata.
— Gambar AFP MENGEJUTKA­N: Gambar rakaman video yang diperolehi AFPTV daripada TVGE kelmarin menunjukka­n seorang lelaki yang cedera dipapah anggota tentera susulan empat letupan yang tidak disengajak­an di sebuah kem tentera di Bata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia