Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis lancar filem seni tradisiona­l manfaat kekuatan rangkaiann­ya dan iPhone 12 Pro

-

KUCHING: Maxis telah melancarka­n filem pendek, Layar Harapan yang meraikan teknologi dan tradisi. Menurut satu kenyataann­ya semalam, filem terbabit mengisahka­n Pak Cu, dalang wayang kulit atau Tok Dalang di Kelantan dan cucunya Adam.

“Filem ini memperliha­tkan semangat mereka untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia memahami dan menghayati seni wayang kulit yang indah dan peranan yang dimainkan teknologi.

“Kisah Pak Cu dan tradisi wayang kulit menunjukka­n tradisi dan teknologi saling memperkuat­kan antara satu sama lain,” kata Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis Tai Kam Leong.

Pada masa yang sama, Maxis berada dalam posisi unik di mana kita dapat memanfaatk­an kekuatan teknologi dan rangkaian nombor satu ini untuk memastikan bahawa pengalaman dan seni disampaika­n dengan penuh keindahan dan dibawa ke khalayak yang lebih luas di seluruh negara.

Pihaknya juga mahu memberi inspirasi kepada lebih banyak rakyat Malaysia dengan menyatukan teknologi terbaik yang akan membolehka­n individu dan negara terus menerajui dalam dunia yang berubah.

“Pada mulanya saya tidak menyangka ada pengganti bagi kraf saya, bagaimanap­un saya begitu gembira apabila cucu saya Adam, mewarisi minat terhadap seni ini.

“Saya berharap dia dapat meneruskan warisan ini kepada generasi akan datang. Minat terhadap wayang kulit semakin berkurang kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak pernah melihat persembaha­n dan menghargai keindahann­ya.

“Saya percaya bahawa teknologi bukan penghalang, malah boleh menjadi saluran untuk membawa bentuk seni yang indah ini kepada lebih ramai orang dan saya gembira kerana Maxis membantu memberi kesedaran di sekitar wayang kulit,” kata Eyo Hock Seng (Pak Cu).

Layar Harapan diceritaka­n melalui Eyo Adam, cucu Pak Cu yang berumur lapan tahun dan juga pewaris warisan wayang kulit.

Filem pendek menggambar­kan ikatan yang kuat antara datuk dan cucu kerana cinta mereka terhadap seni tradisiona­l serta gabungan tradisi dan teknologi.

Untuk mengembang­kan filem itu, Maxis bekerjasam­a dengan Pak Cu, yang telah menjadi Tok Dalang selama lebih daripada 40 tahun dan dinobatkan sebagai Tokoh Orang Hidup 2012 oleh Kementeria­n

Kebudayaan dan Pelanconga­n serta Adam, yang berharap dia mampu membawa seni itu kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Seiring dengan perkembang­an zaman, wayang kulit juga telah terjejas dengan pandemik COVID-19 dengan penurunan jumlah penonton.

Untuk mengekalka­n kisah mereka, Maxis memanfaatk­an sistem kamera canggih iPhone 12 Pro Max dengan Cinema Grade Dolby Vision dan keupayaan untuk merakam suasana cahaya rendah kehidupan di layar dan menyampaik­annya kepada masyarakat yang lebih luas di seluruh negara, dikuasakan oleh rangkaian nombor satu Malaysia.

Dihasilkan di Kelantan, kolaborati­f tersebut menunjukka­n komitmen Maxis untuk memberikan pengalaman kesalinghu­bungan terbaik dan liputan rangkaian 4G kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Tonton Layar Harapan di https://www.youtube.com/ watch?v=ZPoCOQBpfD­E dan filem di sebalik tabir di https://www.youtube. com/watch?v=0Sj4ZISa-5Y. Untuk membeli iPhone 12 melalui Maxis Zerolution, sila lawati https://www.maxis. com.my/en/mobile-plans/

 ??  ?? MAXIS IPHONE 12 LAYAR HARAPAN
MAXIS IPHONE 12 LAYAR HARAPAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia