Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tambah dua tujuan tambahan bagi penggunaan GTK kepada IPAKK berdaftar

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menambah dua tujuan tambahan bagi penggunaan Geran Tahunan Khas (GTK) kepada Institut Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) yang berdaftar di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penambahan tujuan kepada GTK ini bagi membantu IPAKK menjalanka­n kerjakerja pembaikan kecil.

“Dua tujuan tambahan bagi penggunaan GTK tersebut ialah kerja-kerja pembaikan kecil dan pembelian perabot atau barangan elektrik.

“Pemantauan kita semasa pandemik COVID-19, kita dapati ada IPAKK yang perlu membuat pembaikan kecil yang mana ia boleh menjejaska­n keselamata­n. Oleh itu, kita benarkan mereka menggunaka­n GTK ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak di Bangunan Baitulmakl­mur di sini, semalam.

Fatimah berkata, kesemua IPAKK boleh memohon mulai sekarang sehingga 30 April depan.

“Kadar pemberian bagi IPAKK telah dikaji semula dan peruntukan GTK bagi Taska di Rumah akan dikurangka­n berbanding Taska di Institusi, Taska Komuniti dan Taska di Tempat Kerja.

“Bagaimanap­un, kadar penguranga­n akan dimaklumka­n setelah pihak Kementeria­n mengadakan sesi perbincang­an bersama pengusaha Taska di Rumah.

“Lain-lain IPAKK yang berdaftar dan mempunyai kanak-kanak yang berdaftar layak menerima RM5,000 setahun,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak pada tahun lalu telah meluluskan peluasan penggunaan GTK bagi dua tujuan tambahan.

Tujuan itu katanya, merangkumi membantu membayar sewa serta gaji guru dan kakitangan IPAKK terutama IPAKK swasta dan membantu pembelian barangan dan keperluan pembersiha­n, sanitasi dan persediaan lain bagi memenuhi prosedur operasi standard pasca-COVID-19.

“Penambahan tersebut adalah bagi membantu industri pendidikan dan pembanguna­n awal kanak-kanak mendepani cabaran COVID-19.

“Pada tahun 2020, sebanyak 2,958 atau 97 peratus IPAKK berdaftar telah mendapat manfaat daripada GTK,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Ketua Bahagian Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak KWKPK Salina Bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia