Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas 22 tahun, Kriket SSBJ buka pintu kepada pelajar wanita

-

KUALA LUMPUR: Selepas 22 tahun penubuhann­ya, sukan kriket di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), buat julung kalinya membuka pintu bagi kemasukan kumpulan pertama 10 pelajar perempuan untuk mengikuti program pembanguna­n sukan itu sempena sambutan Hari Wanita Sedunia kelmarin.

Ketua Pegawai Operasi Persatuan Kriket Malaysia (MCA) M. Dinesh berkata pelajar berkenaan telah disenarai pendek daripada 20 permohonan yang diterima untuk menceburi sukan dan pendidikan di SKBJ, secara dalam talian, sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata MCA akan menanggung segala yuran sekolah dan menyediaka­n dua jurulatih, sementara

Kementeria­n Pendidikan (KPM), melalui SKBJ akan menyediaka­n makanan, penginapan serta kemudahan lain untuk pelajar berkenaan.

“Objektifny­a, adalah untuk mempersiap­kan mereka bagi menghadapi pelawanan kelayakan Piala Dunia Bawah 19 tahun pada tahun ini dan dipilih menyertai skuad kebangsaan serta berpeluang untuk berganding bersamasam­a pemain senior.

“Jika mereka menunjukka­n peningkata­n dan bakat yang luar biasa semasa latihan, mereka akan berpeluang bermain untuk pasukan kebangsaan bagi Kelayakan Sukan Komanwel Birmingham yang akan diadakan pada pertengaha­n 2021 atau awal 2022,” katanya ketika dihubungi.

Kesemua 10 pelajar berkenaan adalah Nur Izzatul Syafiqa Fajrol dan Nuriman Hidayah Halid, kedua-duanya berusia 14 tahun serta lapan remaja berusia 16 tahun iaitu; Nur Nabilah Mohd Zaid, Nurhasyima­h Tajuddin, Nureen Qistina Helmizan, Nur Fatin Aisyah Abdul Rahman, Nur Dania Syuhada Abedul Samad, Nurul Athirah Mohd Adeb, Siti Nazwah Alyazis dan Rasidah Abd Munib.

Jawatankua­sa pemilihan diketuai oleh Jurulatih Kriket Wanita negara Thushara Kodikara dan Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan Bilal Asad, bersama-sama Pengurus Pusat Kecemerlan­gan Mohd Haris Abu Baker dan jurulatih SKBJ Samsyul Hisham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia