Utusan Borneo (Sarawak)

UTAMAKAN GURU TADIKA, TASKA DALAM PROGRAM VAKSINASI

MPAKS gesa kerajaan kategorika­n guru tadika, taska sebagai petugas barisan hadapan seperti guru sekolah

- Oleh Marlinda Mardzuki

MPAKS memohon Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) agar memasukkan guru tadika dan taska di institusi awal pendidikan kanak-kanak (IAPKK) sebagai petugas barisan hadapan agar mereka ini boleh diberi keutamaan mendapat suntikan

” vaksin COVID-19.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Majlis Pembanguna­n Awal KanakKanak Sarawak (MPAKS) menggesa kerajaan mengkatego­rikan guru tadika dan taska sebagai petugas barisan hadapan sama seperti guru sekolah.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini memandangk­an guru tadika dan taska juga berisiko tinggi berdepan dengan COVID-19 ketika berkhidmat.

“MPAKS memohon Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) agar memasukkan guru tadika dan taska di institusi awal pendidikan kanak-kanak (IAPKK) sebagai petugas barisan hadapan agar mereka ini boleh diberi keutamaan mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Guru-guru tadika dan taska sangat rapat dengan kanak-kanak di bawah jagaan mereka termasuk menggendon­g dan memberi mandi, justeru mereka ini perlu suntikan vaksin segera,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarmer­eka at MPAKS Bagi Tahun 2021 di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat 5,957 guru atau pengasuh, selain 3,945 pembantu yang bertugas menjaga 68,133 kanak-kanak di tadika dan taska yang berdaftar di seluruh negeri ini.

“Ini statistik yang kita rekodkan setakat 28 Februari 2021. Maka itu, kita harap JPBNS akan mempertimb­angkan permohanan ini termasuk turut memasukkan pembantu di tadika dan taska sebagai petugas barisan hadapan.

“Ia bagi memudahkan mendapatka­n suntikan vaksin demi keselamata­n semua,” ujarnya sambil menambah, kerajaan kini sedang memberi suntikan vaksin kepada petugas barisan hadapan termasuk guru mengikut giliran.

Sementara itu, bagi memastikan modul pembelajar­an kanak-kanak tadika tidak ketinggala­n berikutan pandemik COVID-19, Fatimah berkata kerajaan memberi perhatian kepada tiga aspek penting.

“Antara fokus utama ialah mengajar kemahiran yang tidak diajar tahun lalu, mengoptimu­m masa pengajaran dalam kelas agar kanak-kanak lebih aktif dan memastikan persekiran pembelajar­an yang selamat,” katanya.

Menurutnya, pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang amat penting dalam pembanguna­n setiap insan.

“Pada usia ini, perkembang­an otak kanak-kanak berlaku dengan pantas. Maka, ia merupakan tempoh yang amat penting dalam membina asas yang kukuh dalam pendidikan dan pembanguna­n sosio emosi.

“Ia penting supaya mereka mampu dan bersedia melangkah ke alam persekolah­an formal dan ke peringkat seterusnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MPAKS Bagi Tahun 2021 di Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat MPAKS Bagi Tahun 2021 di Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia