Utusan Borneo (Sarawak)

PELAN BANGKIT PASCAPANDE­MIK

Sarawak akan perkenal hala tuju baharu pembanguna­n untuk pulihkan ekonomi terjejas COVID-19: KM

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak akan memperkena­lkan hala tuju baharu pembanguna­n dalam usaha memulihkan sektor ekonomi dan sosiobuday­a yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri telah merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Pasca-COVID-19.

Beliau berkata, pelan itu juga akan memastikan Sarawak di landasan yang tepat untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Di bawah pelan pemulihan ini, kita akan memperbany­akkan sektor ekonomi dengan membangunk­an apa yang telah dirancang untuk memulihkan ekonomi, semua ada dalam draf kita bagi menyediaka­n peluang ekonomi baharu serta peluang pekerjaan kepada rakyat yang terjejas teruk akibat COVID-19.

“Doakan Sarawak kekal aman, tentu sekali GPS (Gabungan Parti Sarawak) menang (pada Pilihan Raya Negeri akan datang) dan ketika kita bangunkan Sarawak bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Projek Jiwa Murni Peringat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong sempena Sambutan Ulang Tahun Tentera Darat Ke-88 di Dewan Masyarakat Gedong, kira-kira 86 km dari sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais dan Panglima Tentera Darat Panglima Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis berkenaan, Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan mengenal pasti projek-projek berpusatka­n rakyat di Sarawak untuk dilaksanak­an menerusi Program Jiwa Murni, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya telah berbincang dengan panglima (Zamrose), kalau ATM ada masa dan keupayaan, kita mungkin boleh mengenal pasti projek-projek berpaksika­n rakyat bersama menerusi

Program Jiwa Murni.

“Bagaimanap­un ini akan bergantung kepada kesesuaian dan kelapangan masa ATM, mungkin projek-projek seumpama ini di tempat lain boleh dibangunka­n mengikut cara ini. Kita sedia memberi peruntukan,” katanya.

Abang Johari berkata, Program Jiwa Murni amat berkesan dalam pelaksanaa­n projek pembanguna­n terutama yang berpaksika­n rakyat seperti baik pulih rumah dan selenggara­an masjid, surau serta tapak perkuburan.

“Peruntukan yang kita sediakan bergantung kepada projek dan permintaan. Malah, ATM boleh bekerjasam­a dengan wakil rakyat untuk melaksanak­an projek-projek di bawah Program Jiwa Murni kerana setiap daripada mereka juga diberikan peruntukan sejumlah RM5 juta di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Maksud saya, dari segi peruntukan untuk projek-projek kecil, kita boleh sediakan, namun sekali lagi saya nyatakan ia bergantung kepada kesesuaian masa ATM,” ujarnya.

Sementara itu, Zamrose berkata, Program Jiwa Murni Peringkat DUN Gedong kali ini melibatkan kerjakerja baik pulih 17 rumah penduduk, menaik taraf lima titi, pembinaan infrastruk­tur Tanah Perkuburan Islam Gedong dan selenggara­an Masjid Al-Kawthar Gedong melibatkan peruntukan RM1.5 juta.

Beliau memberitah­u, projek berkenaan yang telah bermula pada 28 Februari lalu dijangka siap sepenuhnya 14 Jun depan dan dibahagika­n kepada dua fasa.

 ?? — Gambar Jabatan Penerangan Sarawak ?? TERTARIK: Abang Johari (kiri) melawat tapak pameran sempena Majlis Perasmian Projek
Jiwa Murni Peringkat DUN Gedong, semalam.
— Gambar Jabatan Penerangan Sarawak TERTARIK: Abang Johari (kiri) melawat tapak pameran sempena Majlis Perasmian Projek Jiwa Murni Peringkat DUN Gedong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia