Utusan Borneo (Sarawak)

JUVE TERSINGKIR DARI LIGA JUARA-JUARA

Disingkirk­an oleh Porto yang bemain dengan 10 pemain walaupun menang 3-2 pada perlawanan kedua di Turin

-

Kami akan mengambil beberapa hari untuk melupakan perlawanan ini, namun kami masih perlu bersaing dalam setiap perlawanan dengan sikap yang tepat, dan menyedari kami baru sahaja dalam bulan Mac dan masih ada waktu untuk

” memanjat kedudukan dalam Serie A.

Andrea Pirlo

Jurulatih Juventus

TURIN: Wira Juventus Cristiano Ronaldo disingkirk­an dari perlawanan Liga Juara-Juara pada perlawanan 16 akhir pada Selasa, setelah dua tahun menyertain­ya.

Ditewaskan oleh pasukan 10 pemain, Porto dalam peraturan tempat lawan sungguhpun menang perlawanan kedua 3-2 di Turin.

Sepakan percuma masa kecederaan oleh Sergio Oliveira melayakkan bekas juara dua kali Porto ke suku akhir setelah keputusan agregat seri 4-4.

Mendahului 2-1 dalam permainan pertama di Portugal, penalti separuh masa pertama Oliveira memberi kelebihan kepada Porto, namun Federico Chiesa dari Juventus menyamakan kedudukan dengan dua jaringan gol yang kedua-duanya disumbang oleh kad merah kepada pemain penyerang Porto, Mehdi Taremi.

Oliveira kemudianny­a mengejar mata dengan sepakan rendah percuma pada minit 115, yang lolos melalui kaki Ronaldo, dan tandukan halangan Adrien Rabiot juga gagal untuk menyelamat­kan Juventus.

“Apabila kami melakukan empat kesalahan dalam dua perlawanan di perlawanan 16 akhir Liga Juara-Juara, kami disingkirk­an,” ulas jurulatih Juventus Andrea Pirlo.

“Kami akan mengambil beberapa hari untuk melupakan perlawanan ini, namun kami masih perlu bersaing dalam setiap perlawanan dengan sikap yang tepat, dan menyedari kami baru sahaja dalam bulan Mac dan masih ada waktu untuk memanjat kedudukan dalam Serie A.

Juventus meletakkan harapan kepada pemain serangan dan tulang belakang pasukan, Ronaldo, pemegang rekod gol kejuaraan itu, dan Alvaro Morata yang menjaringk­an enam gol dalam musim ini untuk membawa mereka mara.

Namun harapan Juventus dalam Liga Juara-Juara lenyap setelah tersingkir dalam pusingan pertama untuk dua tahun berturut-turut ekoran kekalahan kepada kelab Perancis, Lyon musim lepas.

“Kerjasama dalam pasukan memainkan peranan besar untuk mara,” kata pemain pertahanan veteran Porto, Pepe.

“Sukar untuk saya menjelaska­n bagaimana kami boleh bertarung (bertanding dengan hanya 10 pemain). Hari ini skuad kami fokus dan ia kemenangan selesa buat kami.”

Pirlo, dalam musim pertamanya sebagai jurulatih Juventus, telah menyaksika­n beberapa anak buahnya tercedera termasuk pemain tengah Arthur dan pemain pertahanan Leonardo Bonucci, namun kapten pasukan Giorgio Chiellini kekal di bangku simpanan bersama Danilo yang digantung daripada perlawanan.

Penjaga gol Porto, Agustin Marchesin dengan tangkas menepis tandukan awal Morata.

Pasukan Itali itu ketinggala­n apabila kekasaran Merih Demiral terhadap Taremi mengakibat­kan sepakan penalti yang dihadiahka­n oleh pengadil Bjorn Kuipers.

Oliveira berjaya memesong Wojciech Szczesny dan memberi pasukan pelawat itu kelebihan 3-1 secara keseluruha­n.

Marchesin menyelamat­kan pasukannya dengan menghalang sepakan Morata pada minit ke-26 diikuti cubaan Rabiot namun sekali lagi dihalang oleh penjaga gol Porto, Marchesin.

Juve bangkit selepas masa rehat hasil sumbangan dua kali Chiesa, kali pertama pada minit ke-49 apabila Ronaldo mengumpan bola kepada Chiesa dan melepasi Marchesin dari sudut sempit.

Pemain Porto, Taremi kemudian dibuang padang setelah dilayangka­n kad kuning dua kali kerana menyepak bola dengan semberono.

Sungguhpun berlawan tanpa pemain Iran itu, Porto

berjaya bertahan ketika Pepe campur tangan dan memaksa Chiesa membuat cubaan namun terkena tiang. Sejam dalam perlawanan, Chiesa sekali lagi meledak dan tandukan beliau melepasi tangan Marchesin, kini meletakkan Juve pada agregat seri 3-3.

Ronaldo gagal mendapatka­n mata ke 134 Liga Juara-Juara beliau apabila tandukanny­a tersasar pada minit ke 12.

Persaingan sengit itu menyaksika­n Marchesin menafikan hatrik Chiesa manakala satu gol Morata dibatalkan kerana ofsaid dalam masa kecederaan sebelum cubaan Cuadrado tersasar ke belakang palang.

Setelah itu, Oliviera dihadiahka­n tendangan percuma yang lolos daripada Szczesny pada minit ke 115 lalu disambut meriah dari bangku pasukan Portugis.

Dua minit seterusnya, Rabiot menyumbang­kan gol terakhir buat Juventus namun tidak cukup untuk pasukan itu mara ke perlawanan seterusnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ENGGAN MELAYAN: Perbalahan yang tercetus pada perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Juventus dan FC Porto di Stadium Juventus di Turin.
— Gambar AFP ENGGAN MELAYAN: Perbalahan yang tercetus pada perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Juventus dan FC Porto di Stadium Juventus di Turin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia