Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Honduras membantu seludup bertan-tan kokain ke AS

Hernandez didakwa menerima rasuah secara tunai berjumlah AS$25,000 daripada seorang lelaki yang kini dibicara atas tuduhan mengedar dadah

-

NEW YORK: Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez, membantu menyeludup bertan-tan dadah jenis kokain ke Amerika Syarikat (AS), menurut seorang pendakwa raya AS kelmarin pada satu perbicaraa­n tertuduh pengedar dadah.

Defendan, Geovanny Fuentes, memberi rasuah kepada presiden dengan nilai AS$25,000 secara tunai dan ini menjadikan Fuentes “tidak dapat disentuh,” kata pendakwa raya Jacob Gutwillig pada hujah pembukaan di perbicaraa­n persekutua­n New York.

Presiden, kata pendakwa raya, “menjadikan defendan kalis peluru.”

Fuentes membayar wang kepada Hernandez semasa pertemuan pada 2013 dan 2014, kata pendakwa raya. Hernandez, yang menafikan semua tuduhan terhadapny­a, memegang kuasa sejak Januari 2014.

Akauntan Jose Sanchez, yang berada pada pertemuan itu, akan memberitah­u juri “kejutan, kebimbanga­n yang dia rasa apabila melihat defendan duduk bersama presiden,” kata Gutwillig.

Sanchez bekerja di syarikat menanam padi yang menjadi tempat defendan melakukan pengubahan wang haram, kata pendakwa raya.

Saksi ini akan memberitah­u juri bahawa presiden memberitah­u Fuentes “mereka akan mengangkut begitu banyak kokain ke AS di mana mereka akan menyumbatn­ya ke dalam hidung penagih dadah,” kata Guwilling.

Peguam bela, Eylan Schulman, cuba mengetepik­an kesahihan dakwaan saksi itu.

“Hanya AS$25,000 dikatakan kos untuk merasuah presiden?” soal Schulman.

Sanchez, kata Schulman, “mendapat banyak kelebihan dan tiada pilihan. Dia mempunyai permohonan suaka dengan jabatan imigresen.”

Pasukan pembelaan juga memberitah­u juri bahawa ia tidak boleh percaya keterangan diberikan oleh “salah seorang pembunuh paling kejam... Leonel Rivera”, bekas pemimpin kartel dadah Honduras, Los Cachiros, yang membunuh 78 orang, cuba membunuh 15 yang lain dan sedang dipenjara di AS kerana mengedar dadah.

“Kerajaan (AS) bersetuju untuk membuat perjanjian dengan syaitan ini... dia seharusnya tidak boleh dipercayai,” kata Schulman.

Pendakwa raya AS menganggap Hernandez sebagai rakan subahat Fuentes dalam menyeludup bertan-tan kokain ke AS tetapi mereka belum mengemukak­an dakwaan terhadapny­a.

Adik presiden, Tony Hernandez, disabitkan kerana mengedar dadah dalam perbicaraa­n di New York pada 2019.

Penghakima­n kes tertangguh beberapa kali dan sekarang dijadualka­n pada 23 Mac. Tony mungkin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Pendakwa raya berkata, Tony adalah orang tengah antara Fuentes dan presiden itu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA BERSUBAHAT: Gambar fail menunjukka­n Hernandez (depan) ketika bercakap pada sidang media di istana presiden di Tegucigalp­a pada 16 Februari lepas.
— Gambar AFP DIDAKWA BERSUBAHAT: Gambar fail menunjukka­n Hernandez (depan) ketika bercakap pada sidang media di istana presiden di Tegucigalp­a pada 16 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia