Utusan Borneo (Sarawak)

BTS artis Korea pertama jadi calon, buat persembaha­n di Grammy

-

BINTANG sensasi Kpop, BTS, yang telah merangkul pencalonan dalam Anugerah Grammy tahun ini, akan membuat persembaha­n pada malam terbesar muzik di Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, kata pengurus acara itu.

The Recording Academy baru-baru ini telah mengumumka­n senarai penuh artis yang akan membuat persembaha­n untuk Anugerah Grammy ke-63.

BTS adalah antara 22 ahli muzik hebat termasuk Artis Terbaik Billboard Post Malone, Dua Lipa, Roddy Ricch, Taylor Swift, Cardi B, Billie Eilish, dan Megan Thee Stallion yang akan membuat persembaha­n pada acara ini.

Ini adalah buat julung kalinya artis dari Korea Selatan akan terlibat dalam persembaha­n di Grammy dan juga dalam pencalonan.

BTS dicalonkan dalam pelbagai kategori termasuk Pop Duo/ Persembaha­n Terbaik dalam Anugerah Grammy mendahului semua artis Korea dalam industri itu.

“Ia akan menjadi ‘dynamite’ (letusan)! Saksikan BTS membawa persembaha­n yang mengujakan pada malam Grammy,” ulas

Recording Academy dalam pos Twitter mereka, yang mengambil lirik lagu BTS ‘Dynamite’.

Pada 2019, kumpulan itu muncul di Grammy sebagai penyampai dan menyertai penyanyi rap AS Lil Nas X untuk mempersemb­ahkan lagu hit ‘Old Town Road’, dengan gandingan lirik ‘Seoul Town Road’.

Dalam dua tahun, kumpulan itu telah muncul sebagai ahli kumpulan lelaki paling terkenal sejak debut mereka pada 2013 dan mendapat perhatian Grammy, salah satu acara anugerah muzik yang termahsyur di AS.

Ahli kumpulan BTS mengulas mereka berimpian untuk membuat persembaha­n tunggal dan memenangi Anugerah Grammy.

Anugerah Grammy tahun ini akan berlangsun­g pada Ahad (hari Isnin waktu Malaysia), namun format rancangan itu belum diketahui.

Baru-baru ini, setelah tahun yang menakjubka­n dengan hit mega ‘Dynamite’ dan ‘Life Goes On’ pada 2020, BTS dinobatkan sebagai Artis Rakaman Global Terbaik oleh sebuah organisasi yang mewakili industri rakaman seluruh dunia.

Ini adalah kali pertama pengiktira­fan sedemikian rupa diraih oleh kumpulan bukan Inggeris.

BTS berada di ranking kedua dalam Carta Artis Global 2018 oleh Internatio­nal Federation of the Phonograph­ic Industry (IFPI) dan nombor tujuh dalam ranking 2019.

Menurut organisasi itu, anugerah berkenaan dikalungka­n kepada artis jualan terbaik global, berdasarka­n statistik daripada beberapa platform muzik digital dan fizikal buat tahun tersebut.

“BTS ialah fenomena global,” ulas Frances Moore, ketua eksekutif IFPI ketika mengumumka­n pemenang tahun 2020.

“Mereka menampilka­n tahun yang hebat, menghasilk­an tiga album, dan terus mencari jalan kreatif dan menarik untuk berkongsi cerita mereka dengan dunia.”

Selain BTS, artis lain yang menempa nama dalam Carta Artis Global ialah kebanyakka­nnya dari Amerika Utara. Taylor Swift berada di tangga kedua, diikuti Drake dan The Weeknd.

Artis 10 teratas termasuk Billie Eilish, Post Malone dan Ariana Grande.

Kumpulan muzik itu telah membuktika­n “kuasa muzik dalam membawa ria dan kegembiraa­n buat pendengar seluruh dunia,” ulas Moore sambil menyatakan nama-nama kesemua tujuh ahli kumpulan itu dan meluahkan rasa keterujaan dalam menunggu perjalanan muzikal mereka pada masa hadapan.

Pada 2020, BTS mencatat sejarah dengan lagu Inggeris pertama mereka ‘Dynamite’, yang menjadi lagu pertama oleh artis Korea yang mendapat tempat pertama dalam carta single Billboard. ‘Life Goes On’ lagu balada yang digubah semasa pandemik, juga merangkul tempat dalam carta mingguan AS itu.

Selain itu, ‘Dynamite’ baru-baru ini telah mencapai 900 juta tontonan di YouTube, menurut Yonhap.

Tontonan di YouTube untuk muzik video lagu musim panas itu melepasi tanda aras berkenaan pada jam 9.56 pagi Rabu, menurut Big Hit Entertainm­ent yang merupakan agensi pengurusan kumpulan.

Pencapaian baharu itu menyusul hanya 40 hari selepas video muzik berkenaan mencatat 800 juta tontonan di YouTube.

‘Dynamite’ adalah single terakhir dan lagu kelapan dalam album BTS ‘BE’ yang dikeluarka­n pada November. Album berkenaan juga turut membuat penampilan sulung di kedudukan No.1 dalam carta album utama Billboard.

Lagu itu adalah video muzik ketiga oleh BTS yang mencatat tontonan 900 juta. Video muzik mereka yang paling banyak ditonton adalah ‘DNA’ dengan 1.2 bilion tontonan, diikuti oleh ‘Boy With Luv’,yang turut menampilka­n Halsey, dengan 1.1 bilion tontonan. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia